Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne

Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne

PUTRAJAYA – Sebuah pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur lewat Rabu cuba ‘dirampas’ seorang penumpang, lapor media Australia.

Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne
Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne

Pesawat MH128 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tullamarine Melbourne pukul 11.11 malam waktu tempatan dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang 5.28 pagi Khamis.

ARTIKEL MENARIK:“Terima kasih Allah pinjamkan bidadari syurga ini selama 9 hari” Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah

loading...

Bagaimanapun, pesawat MAB jenis Airbus A330-300 itu dilaporkan berpatah balik ke lapangan terbang kedua tersibuk di Australia tersebut beberapa minit kemudian ekoran cubaan gangguan daripada seorang penumpang.

“MH128 kembali semula ke Melbourne selepas Kapten yang bertugas dimaklumkan oleh seorang krew kabin mengenai percubaan seorang penumpang mahu memasuki bilik kokpit pemandu pesawat,” kata kenyataan MAB.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu seterusnya memaklumkan bahawa keselamatan adalah keutamaan MAB dan MH128 tersebut berjaya mendarat semula di Melbourne pada pukul 11.41 malam waktu standard Australia timur.

Because of the security incident on flight #MH128 flights bound for Melbourne Airport are now diverting to other airports. pic.twitter.com/dE3Xxuogyx

— Flightradar24 (@flightradar24) May 31, 2017

Pesawat kemudian ditempatkan di petak ditetapkan dan menunggu bantuan keselamatan daripada pihak berkuasa manakala semua penerbangan lain masuk ke Melbourne turut dilencongkan ke lapangan terbang yang berdekatan.

Wartawan stesen penyiaran tempatan SBS News, Brianna Roberts melaporkan bahawa seorang penumpang disyaki mahu menceroboh itu cuba ditahan oleh 11 penumpang lain dan suspek dikatakan berlari memasuki ruang kokpit.

Dia dipercayai memegang sejenis peranti elektronik yang berfrekuensi, namun bukan berbentuk bahan letupan dan beberapa pengumuman dalam pesawat MAB itu turut menyatakan ada berlaku insiden dengan situasi keselamatan.

Dalam pada itu, portal penjejakan penerbangan antarabangsa, Flightradar24 mendedahkan laluan MH128 tersebut kelihatan berpatah balik ke Melbourne dan beberapa pesawat yang menuju ke sana turut dilencong ke tempat lain.

Laporan media tempatan yang belum disahkan menyatakan bahawa lapangan terbang utama ibu negeri Victoria itu ditutup untuk operasi keselamatan oleh pihak berkuasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Sumber : Siakapkeli
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post