'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi

'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi

'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi

'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi

'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi


KUALA LUMPUR: "Mak tidak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad."
Itu antara perbualan terakhir Datin Hanizah Ibrahim, ibu kepada Mejar Yazmi Mohamed Yusof, yang menjadi mangsa nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hawk 108.

ARTIKEL MENARIK:LAKNAT DAN CELAKALAH KAMU YAHUDI !!!! ,Kerja Kotor Telah TERBONGKAR, Wartawan Ini Telah Mendedahkan Kejadian Sebenarnya TSUNAMI 2004 ADALAH....

loading...

Katanya, nasihat yang diberi itu langsung tidak dibalas anak bongsu kepada empat beradik tersebut.



Pegawai TUDM yang juga rakan Allahyarham turut bersama membantu proses pengurusan jenazah Mejar Yazmi di Titiwangsa - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

"Saya rasa kehilangan sangat, dia ibarat anak emas dalam keluarga. Adik beradik yang lain pun sayang pada dia. Kalau kena marah pun dia tidak pernah menjawab.
"Saya cakap dengan dia, 'mak restu kamu jadi juruterbang, mak hendak kamu meninggal dengan satu keping, mak tak nak kamu berkecai-kecai. Mak nak satu jasad'.

"Dia (Yazmi) tidak menjawab. Itu antara perbualan terakhir kami," kata Hanizah selepas selesai upacara pengebumian Allahyarham Mejar Yazmi di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa di sini hari ini.

Hanizah turut menceritakan perbualan terakhir beliau bersama anak keempatnya itu pada Selasa lalu.

"Saya tidak sangka dia pergi dahulu sebelum saya. Saya ingat saya dulu (meninggal dunia). Akhir sekali dia telefon saya pada hari Selasa malam Rabu.

"Dia kata dia nak terbang ke Kuantan, sekarang dia buat latihan di Kuantan, doakan lah dia. Saya jawab, saya doakan semua, tentera darat, laut dan udara. Mak doakan untuk semua dan untuk negara.

"Saya tanya, balik raya tak? Dia kata balik Teluk Intan," jelas Hanizah.



Allahyarham Mejar Yazmi meninggalkan seorang balu, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi dan enam orang anak iaitu Mikhail Adam Riaz, 11, Mukhriz Anwar Riaz, 10, Muaz Addin Riaz, 7, sepasang kembar, Mika Adden Riaz dan Mika Addin Riaz, masing-masing 4 tahun dan Musa Ayman Riaz, 3 Tahun. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Hanizah yang terima dengan redha pemergian Yazmi berjanji akan memastikan keenam-enam cucunya itu mendapat pendidikan yang sempurna walaupun tanpa bapa.

Sumber : Siakapkeli
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post