Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini atas tiga pertuduhan iaitu merogol, seks luar tabii dan rompak berkumpulan terhadap dua pekerja kafe siber di Bandar Kinrara, Puchong, yang video kejadian menjadi tular di media sosial.
Kes Rogol & Samun Viral: Peniaga Besi Buruk Didakwa |
Tertuduh, B Sugidran, 26, peniaga besi buruk bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.
ARTIKEL MENARIK:(8 Gambar) Tiga Penjenayah Terlibat Kes Samun Bersenjata Ditembak Mati
loading...
Selain itu, dia turut didakwa bersama seorang lagi yang telah meninggal dunia melakukan rompak berkumpulan terhadap rakan sekerja mangsa, lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun membabitkan kerugian RM400.
Bagi kesalahan rogol dan seks luar tabii, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 dan 377C Kanun Keseksaan yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Pada 19 Mei lalu, rakan tertuduh, mati akibat terjatuh dari tingkat 12 pangsapuri PPR Seri Semarak, Setapak, Kuala Lumpur dipercayai cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota polis yang mahu menahannya.
Sebelum ini, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua suspek menyamun dan merogol pekerja premis judi berusia 33 tahun menjadi tular di laman sosial sejak 12 Mei lalu.
Post a Comment