Isteri Dirogol Perompak Warga Indonesia Ketika Suami Sedang Nyenyak Tidur

Isteri Dirogol Perompak Warga Indonesia Ketika Suami Sedang Nyenyak Tidur

KLANG - Seorang isteri diacu pisau oleh tiga lelaki yang dipercayai warga Indonesia sebelum diperkosa oleh salah seorang daripadanya ketika sedang tidur di rumahnya di Rantau Panjang.

Isteri Dirogol Perompak Warga Indonesia Ketika Suami Sedang Nyenyak Tidur
Isteri Dirogol Perompak Warga Indonesia Ketika Suami Sedang Nyenyak Tidur

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, tiga perompak berkenaan telah memasuki ke sebuah rumah melalui tingkap hadapan rumah ketika penghuninya sedang nyenyak tidur.

ARTIKEL MENARIK:Video Kanak-kanak Didera Hingga Sesak Nafas Gara-gara Tertumpahkan Nasi.

loading...

Perompak terbabit telah mengumpil tingkap rumah tersebut dan turut mengambil beberapa barangan berharga pemilik rumah terbabit seperti kad pengenalan, lesen memandu, wang tunai bernilai RM300, kad ATM Maybank dan beberapa barangan lain.

Menurut pemilik rumah berkenaan, ketika kejadian yang dikatakan berlaku pada jam 4 pagi, dia sedang tidur sebelum didatangi isterinya yang mengejutkannya dari tidur sambil menangis serta memberitahu ada tiga orang lelaki mengacu pisau kepadanya sebelum salah seorang bertindak merogolnya. Mereka memberikan amaran supaya isterinya tidak menjerit sekiranya tidak ingin dicederakan.

Setelah itu, si suami dengan segera keluar dari rumahnya dan mendapati beberapa jirannya sedang mengejar penyamun-penyamun berkenaan, namun gagal untuk menangkap mereka yang telah melarikan diri.

Menurut sumber, tiga lelaki terbabit memakai baju sweater berwarna kelabu dan bertutup kepala. Kenderaan mereka adalah sebuah motosikal dan juga sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna merah hati. Antara suspek juga dikatakan agak kurus dan rendah.

Rata-rata netizen mengatakan perkara sebegini seharusnya dengan segera diambil tindakan dan sekiranya suspek-suspek berkenaan dapat ditangkap, mereka wajib dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Namun, sehingga kini masih belum ada kesahihan dan pengesahan tentang kejadian dari pihak berkuasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post