Masih ingatkah kamu dengan Edika Yusof? Berikut merupakan kisah permulaan karier beliau dalam bidang seni dan kisah terkini beliau sekarang.
Masih Ingatkah Kamu Dengan Edika Yusof, Hero Malaya TERKENAL Zaman 90an? Saksikan Gambar Dan Kisah Terkini Beliau |
Kerjaya pelakon kacukan Pakistan ini dalam bidang seni bermula apabila rakannya Erma Fatima mempelawanya untuk berjumpa dengan penerbit filem.
ARTIKEL MENARIK: Wowww ! Ini Respon Paling WIN Sofi Jikan Lepas Gambar Beliau VIRAL Ditangkap Kerana GANJA !
loading...
Biarpun ketika itu, dia sudah pun melakar nama dalam bidang peragaan namun dia tidak menyangka bakal bergelar pelakon memandangkan dia langsung tidak memiliki bakat dalam bidang tersebut.
“Sebab saya masa tu dah popular dalam iklan komersial televisyen, jadi Erma panggil saya. Gelabah juga sebab dia terus bawa jumpa penerbit filem. Memang tak ada pengalaman tapi kalau nak diikutkan bakat berlakon depan kamera dah ada. Cuma berdialog tu yang tak ada pengalaman.
“Saya terus bermula dengan filem. Filem pertama lakonan saya Pelumba Malam pada 1989. Saya bernasib baik sebab rakan-rakan artis yang popular waktu tu seperti Mustapha Kamal, Sidi Oraza dan Sabri Fadhil sudi menunjuk ajar.
Filem Pelumba Malam
“Masa tu juga baru saya tahu bukan mudah jadi pelakon. Berlakon ambil masa yang panjang berbanding dengan iklan beberapa hari sahaja selain penghayatan juga perlu lebih. Selepas itu, saya terus dengan filem Driving School (1990), Maria Mariana (1996) dan XX Ray (1993) diikuti dengan lebih 30 buah telefilem,” ujar pelakon yang seangkatan dengan Sofea Jane ini.
Pun begitu setelah mengambil keputusan untuk berkahwin, ayah kepada dua orang anak ini mengambil keputusan untuk memperlahankan kerjayanya dan memberi tumpuan pada perniagaan grafik yang diceburinya.
“Masa tu pendapatan lakonan tak lumayan sangat. Televisyen pun ada berapa saluran sahaja. Kita punya banyak saingan. Untuk bayaran yang tinggi, kita perlu jadi watak utama. Kalau watak tambahan bayaran tak seberapa. Jadi saya fikir kena ada pendapatan yang tetap. Sebab itu saya pilih untuk fokus pada bisnes grafik pula,” ujarnya lagi.
Tolak belajar kerana susah.
Ketika usianya menjangkau 18 tahun, dia terpaksa menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam kerana perlu mencari pekerjaan. Ketika itu, dia berhijrah ke Cherating, Pahang dan bekerja sebagai pelayan restoran di daerah itu.
“Saya perlu bekerja sebab dua orang adik masih bersekolah waktu tu. Dengan pendapatan RM450 sebulan saya kirimkan separuh kepada emak di Kuala Lumpur. Dalam sibuk bekerja, saya dapat tawaran untuk jadi model. Syukur kepada Allah, waktu itu rezeki dalam bidang iklan komersial sangat memberangsangkan.
“Macam-macam iklan yang saya buat dan kebanyakan darinya sebagai watak utama. Masa tu saya ambil keputusan berhenti jadi pelayan dan fokus pada dunia peragaan. Iklan pertama saya iklan Jeans. Selepas itu, lama kelamaan saya mula dikenali. Sehinggakan jika keluar berjalan, semua orang kenal.
“Iklan yang paling menonjolkan saya ketika itu adalah iklan Kingsway. Saya bawa watak utama dalam iklan tu. Mungkin juga iklan tu agak panjang iaitu selama dua minit jadi ia turut memberi kesan.
“Dari hari ke hari saya semakin aktif dalam bidang modeling sehingga ke serata dunia seperti Eropah, Singapura, Perancis, Indonesia dan banyak lagi,” tuturnya yang pernah menjayakan lebih daripada 30 buah iklan komersial.
Kemuncak kerjayanya dalam bidang peragaan apabila dia memenangi anugerah Asia Award Photogenic Model pada 1998 sebelum mengambil keputusan untuk bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai Pramugara selama lebih kurang lima tahun.
Hasil perkahwinannya dengan Norhidayah sejak 10 tahun lalu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Fardeen Nurulhaq, 9, dan Fareena Nurulhaq, 8, serta seorang anak angkat Nazirul Afiq yang berusia 14 tahun.
Gambar terbaru Edika Yusof. Boleh follow beliau di Instagram edikayusofxx dan di laman Facebook EdikaYusofOfficial.
Sumber Foto: Instagram Edika Yusof
Post a Comment