Gara-gara Diejek Bukan `Lelaki Sejati’, Sembilan Orang Maut Ditembak

Gara-gara Diejek Bukan `Lelaki Sejati’, Sembilan Orang Maut Ditembak

Hanya kerana tidak dapat menerima dirinya dipesendakan, diejek serta di jadikan bahan jenaka menyebabkan seorang lelaki bertindak membunuh sembilan orang di satu majlis yang dihadirinya.

Gara-gara Diejek Bukan `Lelaki Sejati’, Sembilan Orang Maut Ditembak
Gara-gara Diejek Bukan `Lelaki Sejati’, Sembilan Orang Maut Ditembak

Kejadian tersebut dikatakan berlaku gara-gara diejek kerana bukan `lelaki sejati’, seorang lelaki mengamuk dan menembak mati sembilan orang termasuk empat wanita pada satu majis di Tver, Rusia.

ARTIKEL MENARIK: Video Kanak-kanak Didera Hingga Sesak Nafas Gara-gara Tertumpahkan Nasi.

loading...


Sergey Yegorov, 45 tahun, dikatakan meninggalkan meja makan di majlis berkenaan sebelum kembali dengan senapang patah dan melepaskan tembakan.

Sebelum menembak mangsa, dia sempat menjerit :

“Sekarang aku nak tunjuk aku boleh menembak!”.

Satu-satunya mangsa yang terselamat ialah seorang gadis, Marina Volk, 21 tahun, yang bersembunyi di bawah kain dan berpura-pura meninggal dunia.

“Terdapat mayat di mana separuh muka mereka meletup. Dia lelaki gila. Dia masuk dan tembak semua orang. Saya tengok dan saya dengar bagaimana dia mengheret mayat-mayat itu,” katanya.

Marina kemudiannya menghubungi polis dan lelaki itu ditangkap.

Sergey adalah seorang juruteknik yang bekerja sementara di Moscow dan pulang ke kampungnya di Redkino untuk melawat ibunya.

Sergey dilaporkan memberitahu polis bahawa dia membunuh mereka semua hanya kerana mereka mempersendakannya disebabkan dia tidak pernah berkhidmat dalam pasukan tentera.

Antara mangsa adalah seorang wanita berusia 90-an yang juga veteran Perang Dunia Kedua.

2.jpg

WJ.jpg

1.jpg
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post