SEREMBAN : Jenazah pelumba Cub Prix, Norizman Ismail yang maut dalam kemalangan ketika sesi ujian masa di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu semalam selamat dikebumikan di kampung isterinya dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi ini.
Rehat lah dengan tenang sayang tiada lagi daddy disisi kami .. ini pesan terakhir dari suami (6Gambar) |
Kira-kira 200 orang menghadiri upacara pengkebumian jenazah mangsa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sendayan termasuk isterinya, Nurul Aida Adha Raduan, dan tiga anaknya.
ARTIKEL MENARIK:Takziah..Pelumba CP150 Norizman Ismail Maut Ketika Sesi Ujian Masa
loading...
Pelumba CP150 Norizman Ismail berpesan kepada isterinya supaya menghantar anak sulung mereka ke sekolah tahfiz walaupun sebelum ini enggan berbuat demikian.
Isterinya, Nurul Aida berkata, suaminya berpesan kepadanya semalam sebelum mereka tidur ketika menginap di sebuah hotel di bandar ini.
"Sebelum tidur, dia berpesan pada saya supaya hantar anak sulung kami (Muhammad Rizman Irfan) yang berusia tujuh tahun ke sekolah tahfiz sedangkan sebelum ini dia tak mahu.
"Sebelum keluar dari hotel untuk pergi ke litar lumba di Bandar Baru Kijal siang tadi juga dia ada berpesan mahu bawa kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran di bandar Chukai selepas tamat perlumbaan," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kemaman, hari ini.
Norizman disahkan meninggal dunia selepas terjatuh di selekoh pertama pada sesi ujian masa pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kemaman, petang hari ini.
Pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing itu kemudiaannya dikejarkan ke Hospital Kemaman selepas terbabit dalam kemalangan 3.52 petang.
Norizman disahkan meningggal dunia pada 4.50 petang ketika menerima rawatan di hospital.
Menurut Nurul Aida, sudah dua minggu suaminya itu dilihat berubah perangai dan sering bercakap mengenai masa depan tiga anak mereka yang berusia antara empat hingga tujuh tahun.
Katanya, dia menerima panggilan daripada rakan arwah suaminya itu kira-kira 4 petang sebelum dia bergegas ke Hospital Kemaman selepas dimaklumkan Norizman parah dalam kemalangan berkenaan.
"Saya sangat sedih dan reda dengan kejadian ini dan berjanji akan menunaikan hasrat arwah " kata nya.
Berita Sayu
Post a Comment