IPOH: Polis Perak telah memulakan siasatan berhubung kewujudan klip video tular yang dikatakan bukti perbuatan seorang anggota polis trafik menerima wang suapan ketika bertugas.
Polis Siasat Video Anggota Trafik Terima Rasuah |
Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya memandang berat kewujudan video tersebut dan telah mendapatkan maklumat mengenainya.
ARTIKEL MENARIK:Go Shop Tarik Semula Produk Periuk Yang Meletup Semasa LIVE
loading...
“Polis Perak tidak akan berkompromi dalam isu-isu integriti melibatkan anggota pasukan.
“Kita akan memastikan tindakan tegas diambil ke atas anggota tersebut jika didapati melanggar peraturan tugas,” kata beliau dalam satu kenyataan media pada petang Selasa.
Beliau mengulas laporan berhubung klip video yang menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal dipercayai menerima rasuah ketika sedang menahan seorang pemuda bagi kesalahan lalu lintas.
Rakaman video itu yang memaparkan perbualan dan perlakuan kedua-dua pihak telah viral di laman sosial dan kini menjadi buah mulut orang ramai. - Astro AWANI
Polis Siasat Video Anggota Trafik Terima Rasuah. Baca Berita Penuh: https://t.co/Cun15EBvre pic.twitter.com/82qJfJoKf5
— Wartawan Jalanan (@W_Jalanan) 30 Mei 2017
Post a Comment