Polis Buru Lima Lagi Suspek bantu Siasatan Kematian Suspek Cabul

Polis Buru Lima Lagi Suspek bantu Siasatan Kematian Suspek Cabul

Polis sedang memburu lima lagi suspek berhubung kes kematian seorang lelaki yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra di sini, Ahad lalu.

Polis Buru Lima Lagi Suspek bantu Siasatan Kematian Suspek Cabul
Polis Buru Lima Lagi Suspek bantu Siasatan Kematian Suspek Cabul

Suspek berusia 31 tahun itu meninggal pada pukul 12.30 tengah hari semalam setelah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kecederaan parah di bahagian tengkuk, muka, telinga, badan serta kaki akibat dibelasah oleh orang awam.

ARTIKEL MENARIK:Dah Jadi Kes Bunuh, Lelaki Yang Koma Dipukul Dah Meninggal Dunia

loading...

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata polis telah menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 20-an di sekitar Alor Setar semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kita sedang memburu lima lagi suspek berdasarkan gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan gambar yang tersebar di media sosial," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata ini menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar supaya tidak mengambil tindakan sendiri untuk menghukum pesalah laku kerana ia boleh mendatangkan kesan kepada diri sendiri.

"Jangan buat undang-undang sendiri..sekiranya berlaku kes seperti ini tangkap dan serah suspek kepada polis, biar polis yang ambil tindakan. Kita tahu kalau sudah marah memang nak pukul tapi kalau tidak sebabkan kematian tidak apa, kalau ini macam mana," katanya.

Dalam perkembangan lain, Asri berkata indeks jenayah di Kedah menunjukkan penurunan 6.92 peratus atau 162 kes bagi tempoh Januari hingga April lepas berbanding tempoh sama pada 2016 iaitu 2,180 kes berbanding 2,342 kes.

"Jumlah jenayah kekerasan juga mencatatkan penurunan sebanyak 17.85 peratus atau 68 kes iaitu 313 kes berbanding 381 kes dalam tempoh sama tahun lepas namun kita tidak boleh berpuas hati dengan penurunan indeks jenayah ini kerana masih terdapat rungutan orang ramai terhadap mutu siasatan yang dilakukan.

"Selain itu, kita sentiasa memantau anggota kita bagi mengelak mereka daripada terlibat dalam kegiatan bermain judi di dalam premis perjudian online yang berlesen dan tidak berlesen," katanya.

Terdahulu, Asri telah merasmikan Perhimpunan Bulanan, Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pemakaian Pangkat kepada anggota. -- BERNAMA
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post