Pemandu Rempuh Penunggang Basikal Minta Bantuan Orang Ramai Biayai Yuran Guamannya

Pemandu Rempuh Penunggang Basikal Minta Bantuan Orang Ramai Biayai Yuran Guamannya

Masih ingatkan pemandu yang telah melanggar penunggang berbasikal yang telah mengorbankan 8 orang dalam kejadian tersebut.

Pemandu Rempuh Penunggang Basikal Minta Bantuan Orang Ramai Biayai Yuran Guamannya
Pemandu Rempuh Penunggang Basikal Minta Bantuan Orang Ramai Biayai Yuran Guamannya

Walaupun kejadian tersebut sudah tiga bulan berlalu, namun ianya masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia kerana kemalangan ngeri tersebut mengundang pilu di kalangan rakyat.

ARTIKEL MENARIK:Nasib Terkini Wanita Langgar Remaja Berbasikal Selepas Disoal Siasat

loading...

Ketika ini kes tersebut masih berjalan lagi di makhamah, semakin panjang kes ini semakin banyak kos yang perlu ditanggung.

Baru-baru ini dipetik dari Free Malaysia Today, pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 8 penunggang basikal pada Februari lalu, dilaporkan meminta bantuan orang ramai untuk membiayai yuran guamannya yang semakin meningkat.

Sam Ke Ting, 22 tahun, telah memuat naik status di Facebooknya yang meminta bantuan orang ramai untuk mengumpul wang sebanyak RM60,000 untuk membiayai yuran guaman.

“Semua simpanan keluarga saya habis digunakan untuk membantu saya membiayai kos ini,” katanya.

Berdasarkan status terkini Facebooknya, difahamkan Sam telah memperoleh amaun yang diperlukan.

Dalam kejadian 18 Februari lalu, Sam didakwa merempuh sekumpulan 30 hingga 40 penunggang basikal yang meragut 8 nyawa dan mencederakan 8 yang lain.

Penunggang basikal berusia 13 hingga 17 tahun itu dipercayai menghalang beberapa laluan jalan raya di Jalan Lingkaran Dalam.

Sam yang didakwa di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu secara berbahaya dan melulu.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post