Netizen tidak berpuas hati apabila sepanduk yang mempromosikan pelawak itu sebagai tetamu undangan dalam satu acara Hari Belia di Hulu Terengganu tersebar.
Netizen Terkejut Selepas Tampar David Teo, Mat Over Jadi Tetamu Khas Hari Belia |
Selepas Reda isu Mat Over tampar David Teo di depan Perdana Menteri, semalam media social menjadi hangat semula selepas sepanduk mempromosikan Mat Over sebagai tetamu undangan Hari Belia tersebar.
ARTIKEL MENARIK: Ramai Lagi Artis Yang Pakai Fesyen 'Terlondeh', Kenapa Saya Seorang Yang Kena Kecam? - Izara
loading...
Menurut laporan mStar Online Ruang laman sosial menjadi hangat sekali lagi disebabkan oleh Mat Over.
Netizen tidak berpuas hati apabila sepanduk yang mempromosikan pelawak itu sebagai tetamu undangan dalam satu acara Hari Belia di Hulu Terengganu tersebar.
"Hanya di Malaysia anda akan diberi penghormatan yang tinggi apabila anda menampar seseorang di depan Perdana Menteri," tulis Asrul Muzaffar melalui akaun Twitter miliknya.
Seorang pengguna Twitter, Mohsen Alkaff pula menulis: "Saya bukan sesiapa tetapi saya rela menggantikan Mat Over untuk Hari Belia di Terengganu.
"Bukan bermaksud saya ini bagus, tetapi saya lebih baik daripada dia."
"Hari Belia bersama Mat Over. Adakah dia masih dianggap belia? Dia sudah berusia 60 tahun!" kata Aiediel Jamal di Facebook.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terengganu, Datuk Rozi Mamat mengesahkan bahawa Mat Over dijemput pada Sabtu sebagai pengacara program "Santai Bersama Mat Over" dan program itu sudah dirancang sebelum insiden pelawak itu menampar penerbit, David Teoh pada Rabu lalu.
"Mat Over ialah orang tempatan dan dia sering dijemput menghadiri pelbagai acara," kata Rozi ketika ditemubual pada Sabtu.
"Hal ini berlaku kerana insiden itu dan orang ramai mula menjadikan ia sebagai satu isu yang besar."
Mat Over atau nama asalnya Sulaiman Yassin merupakan seorang pelawak dan dilaporkan telah menampar David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi dialog Transformasi Nasional (TN50) di Seri Perdana, Putrajaya awal minggu ini.- mStar Online
Sumber : Siakapkeli
Post a Comment