Tadi sebelum solat jumaat ada Tazkirah di Masjid..Dalam tazkirah tersebut ada menceritakan satu kisah yang sangat menyentuh perasaan dan ingin saya kongsikan pada sahabat 2 semua...semoga ianya menjadi Tauladan pada kita.Insyallah,amin...
Kisah pemuda derhaka belikan daging 'khinzir' kepada ibunya untuk berbuka puasa |
ARTIKEL MENARIK:Beria-Ria Abang Ipar Suruh Balik Kampung..Pagi Tu 'SARAPAN' Suami Rebah,Rupanya Mereka...
loading...
"Ustaz itu berkata bertaubatlah,insyallah pasti Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah beliau lakukan...Tetapi beliau terus menangis dan mengatakan yang dosa beliau terlalu besar...Ustaz itu bertanya dosa apa yang telah dilakukannya..??Pemuda itu berkata dia berdosa pada Ibunya..Ibunya kini telah meninggal dunia.."
"Pada suatu petang dibulan Ramadhan Ibunya menyuruhnya membeli barang dapur untuk dimasak bagi hidangan berbuka puasa..Pemuda ini enggan kerana dia tidak berpuasa..dan memang sikapnya yang sering melawan cakap Ibu..Ibunya menyuruhnya lagi beberapa kali dan pemuda itu pun pergilah ke pasar dan pulang membawakan daging buat Ibunya.."
"Sampai sahaja dirumah,pemuda itu terus melemparkan daging itu pada Ibunya...Ibunya ambil,masak dan berbuka dengan daging tersebut..."
"Kini Ibu saya dah tiada Ustaz..setiap petang Ramadhan saya akan menyesal dengan perbuatan saya ini Ustaz..Ustaz tahukah daging apa yang saya belikan pada Ibu saya..???Yang Ibu saya makan Ustaz...???
"SAYA BELI DAGING 'BABI' UNTUK IBU SAYA USTAZ...IBU SAYA MAKAN DAGING 'BABI' YANG SAYA BELI USTAZ...!!"
"Pemuda ini sangat menyesal atas kesilapan yang telah beliau lakukan pada Ibunya itu..Nasihat Ustaz tersebut :
1.Bertaubatlah pada Allah,semoga Allah akan mengampunkan dosa - dosa kamu..
2.Mendoakan keampunan dosa - dosa Ibumu.
3.Menjelaskan hutang Ibumu jika ada.
4.Membayarkan zakat Ibumu jika masih tertunggak.
5.Mengqada'kan puasa Ibumu.
6.Membayarkan fidyah puasa Ibumu.
7.Menghubungkan tali silaturrahim adalah termasuk dalam perkara yang amat penting dan ianya merupakan salah satu tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian utama dari umat Islam. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian daripada cara berbuat amal untuk keduanya yang telah meninggal dunia.
8.Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar ganjarannya disisi Allah. Adalah lebih baik jika diziarahi pada setiap hari Jumaat dan dibacakan surah Yaasiin untuknya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya membawa kebajikan yang bukan sahaja kepada anak-anak yang solehtetapi juga kepada anak yang derhaka.
9.Membuatkan haji untuknya
"Insyallah,semoga Allah akan mengampunkan segala dosa - dosa kamu...Amin."
Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata : “Amin..amin. .amin..”.
Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada beliau : “Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau mengatakan Amin 3 kali, apakah sebabnya?”
“Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : “Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, tetapi dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” .Kemudian aku mengaminkannya.
“Dan sesiapa yang dapat bersama orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan : Amin”
“Dan sesiapa yang namaku disebutkan di hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan “Amin”.
(H.R Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188)
SUMBER ASAL
Post a Comment