JOHOR BAHRU – “Saya tidak berniat jahat atau ingin menyinggung perasaan dengan membunyikan hon kereta pada masa itu,” kata pemandu kenderaan yang tular dipukul kerana membunyikan hon dihadapan Surau Austin Perdana, 5 Mei lalu.
Kes Surau Austin. Pemandu Yg Bunyikan Hon Tampil MOHON MAAF !!! |
Perjumpaan pemandu lelaki dan ahli jawatankuasa surau Austin Perdana diharap menyelesaikan kes kekecohan yang tular.
ARTIKEL MENARIK: (Video) Dari Sisi Lain, Mereka Bukan Menyerang Tapi Cuba Melindungi Gadis Cina Yang Berang
loading...
Selepas hampir seminggu kes berkenaan yang tular dilaman sosial, pemandu, Toh Chai Eun, 28, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam terutama mereka yang terlibat dalam kes berkenaan yang berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu.
Chai Eun yang bekerja sendiri ditemani abangnya Toh Chai Chung, 30, hadir dalam satu perjumpaan di Pejabat Agama Islam Johor yang disertai ahli jawatankuasa surau terlibat, Pengerusi Agama, Mutalip Abdul Rahim dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut.
Permohonan maaf terbuka itu dibacakan wakil Chai Eun, Mahadzir Abu Said menyatakan harapan agar kes tersebut dapat diselesaikan dan tidak menyinggung semua pihak dan Bangsa Johor.
“Apa yang berlaku pada waktu itu kerana saya telah terperangkap dalam kesesakan jalan di situ dan dalam urusan penting.
“Ini menyebabkan kereta saya diserang dan dirosakkan dan saya juga mengalami kecederaan,”katanya yang cedera di leher, kaki dan badan sehingga membataskan pergerakkan dan percakapannya.
Beliau turut menyatakan harapan agar kes tersebut tidak dipanjangkan atau disebarkan sehingga mencetuskan ketidaksenangan kaum.
“Saya juga berharap semua pihak tidak lagi memanjangkan isu ini menjadi lebih besar dan maksud yang sampaikan iaitu keamanan dan keharmonian antara semua kaum di Malaysia.
“Diharap selepas kenyataan ini saya tiada lagi ulasan dan cerita mengenai kejadian tersebut di media untuk tujuan menghasut rakyat dan menjejaskan perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian negara,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi surau, Mohd Khaiidzir Ismail berharap kes berkenaan dapat diselesaikan dengan keseluruhannya.
“Kami mengucapkan terima kasih atas pertemuan ini yang sememangnya tidak dijangka meskipun perkara ini berlaku diluar surau, kami sebagai jawatankuasa telah mengambil langkah-langkah yang perlu,” katanya.
Sementara itu, Mutalip berkata, menerusi platform perjumpaan ini ia menggambarkan semangat Malaysia.
“Kalau kita melihat kepada banyak peristiwa, kita akan dapat jumpa satu penyelesaian yang sangat baik, kita akan berbalik kepada semnagat Malaysia itu sendiri khususnya di negeri Johor.
“Lagipun perkara ini berlaku dikawasan yang berkaitan agama, kita tidak mahu Islam itu dilabel sebagai agama ganas, kerana Islam itu sendiri membawa maksud kesejahteraan, itu yang kita inginkan,” katanya.
Dalam insiden Jumaat lalu, seorang lelaki dipukul kerana membunyikan hon di hadapan surau Austin Perdana menyebabkan sekumpulan jemaah surau dalam keadaan berang dengan merosakkan sebuah kenderaan tular dipercayai berpunca daripada tindakan pemandunya yang membunyikan hon ketika solat jumaat sedang didirikan.
Kejadian yang dirakamkan dalam video berdurasi 1 minit 10 saat itu menyaksikan sekumpulan jemaah masjid berkenaan merosakkan kenderaan yang dipandu oleh seorang individu di pekarangan surau berkenaan.
Sumber : Sinar Harian
Post a Comment