Nasib tragis dialami seorang wanita bernama Soniya Priska Pratiwi, 19 tahun berasal Palembang, Indonesia.
Akibat Lamaran Ditolak, Gadis Bertudung Diheret Kekasih Masuk Dalam Bilik Dan Dikunci |
Gadis cantik berhijab ini akhirnya dibunuh di tangan kekasihnya sendiri, Suyanto, 25 tahun, Sabtu lalu.
ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Wanita Separuh Bogel Mati Direbus Hidup-Hidup
loading...
Soniya merupakan seorang mahasiswi Universiti Bina Dharma Palembang. Menurut maklumat yang dikumpul, kejadian tersebut berpunca ketika Soniya pulang dari kampusnya dan dijemput oleh suspek kira-kira pukul 12 tengahari.
Mangsa dijemput menggunakan motosikal kemudian dibawa ke rumah suspek yang berada tidak jauh dari rumah mangsa.
Dari rumah suspek, Soniya menelefon ibunya, untuk menjemputnya di rumah kekasihnya itu.
Setibanya di rumah suspek, Nuryatmi yang ditemani saudaranya Fatimah bertemu dengan suspek dan mangsa.
Namun berlaku pergaduhan mulut di antara ibu mangsa dan suspek. Suspek yang marah selanjutnya memaksa Soniya masuk ke biliknya kemudian mengunci bilik tersebut dan terjadilah kejadian tersebut.
Berdasarkan maklumat daripada polis, Soniya mengalami luka tusukan sebanyak empat kali di bahagian perut.
Nuryatmi yang mengetahui kejadian tersebut lantas membuka bilik dan mendapati Soniya telah terbaring kaku bersimbah darah.
"Kami langsung memecah pintu bilik, dan mendapati Soniya telah terbaring pengsan bersimbah darah. Kami lihat sendiri pelaku masih menendang tubuh mangsa," katanya.
Ia membuatkankan pelaku lari meninggalkan bilik tersebut selepas mendengar jeritan dari ibunya.
Mangsa dibawa ke hospital Myria Palembang namun nyawa mahasiswi semester 2 itu tidak dapat diselamatkan.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital Bhayangkara Palembang untuk menjalani proses bedah siasat oleh pasukan doktor dan anggota polis.
Sementara pelaku telah berjaya dirangkap oleh anggota Polis Polresta Palembang. Berdasarkan maklumat daripada polis, Soniya mengalami luka tusukan sebanyak empat kali di bahagian perut.
Menurut saudaranya sebagai saksi, pergaduhan mulut antara pelaku dan ibu mangsa bermula ketika suspek menyampaikan niat untuk berkahwin dengan mangsa.
Namun ibu mangsa tidak merestui. Kalau mahu melamar datang baik-baik ke rumah," ungkap ibu mangsa Nuryatmi.
Selepas mendengar ucapan tersebut, pelaku marah dan menarik mangsa ke dalam rumah dan terjadilah pembunuhan itu.
Menurut Fatimah, konflik antara suspek dan keluarga mangsa telah berlangsung lama. Terakhir, suspek juga sempat membawa senjata tajam menemui ibu Soniya, namun berjaya dihalang dan ditangkap.
Setelah sempat melarikan diri, Suryanto akhirnya berjaya ditangkap. Ditemui di Polsekta Sukarami Palembang, Suryanto berkata, ia telah menyesal melakukan penusukan tersebut hingga menyebabkan kekasihnya meninggal dunia.
"Saya tadi khilaf dan emosional kerana tidak direstui. Saya benar-benar menyesal," ungkapnya.
Suryanto yang mengaku sebagai mahasiswa universiti swasta di Plaju itu berkawan dengan Soniya sudah sejak lama. Sudah lama kami berkawan tapi kami tidak direstui," terangnya.
Post a Comment