"Subuh Tadi Genap 2 Hari Awak Tinggalkan Saya" - Luahan Hati Wanita Ini Kehilangan Suami Tercinta Akibat Kemalangan 15 Minit Dari Rumah

"Subuh Tadi Genap 2 Hari Awak Tinggalkan Saya" - Luahan Hati Wanita Ini Kehilangan Suami Tercinta Akibat Kemalangan 15 Minit Dari Rumah

Ajal dan jodoh di tangan Tuhan. Kita sebagai manusia perlu meneruskan kehidupan jika kehilangan insan tersayang.

"Subuh Tadi Genap 2 Hari Awak Tinggalkan Saya" - Luahan Hati Wanita Ini Kehilangan Suami Tercinta Akibat Kemalangan 15 Minit Dari Rumah
"Subuh Tadi Genap 2 Hari Awak Tinggalkan Saya" - Luahan Hati Wanita Ini Kehilangan Suami Tercinta Akibat Kemalangan 15 Minit Dari Rumah

Luahan hati seorang isteri, yang kehilangan suami tersayang yang terlibat dalam kemalangan hanya 15 minit dari rumah mereka mendapat perhatian netizen.

ARTIKEL MENARIK: Binatang !!! Ibu dan Ayah Seronok Berasmara Diperhatikan Anak Yang Dikurung Dalam Kandang

loading...

Coretan buat suamiku,

Mohd Muhaimin Radzuan

Assalammualaikum sayang.. subuh hari ni, genap dua hari awak tinggalkan saya.. perasaan saya? Allahuakbar.. rindunya pada awak.. Hari terakhir jumpa awak, ahad lepas di Utami Village.

Siapa nak sangka pagi jumaat tu, pagi yang sepatutnye awak balik, tapi saya kene pergi jumpa awak di unit forensik hospital alor gajah.. Polis kate awak accident sebelom tol ayer keroh.. you are just 15 minutes away from our home sayang.. Tapi Allah lebih sayangkan awak, siapa saya nak persoalkan semua ni..

sayang,

Sungguh singkat masa Allah pinjamkan awak untuk saya.. 2 tahun 8 bulan 6 hari.. Awak suami yang terlalu baik.. tak pernah tinggi suara, tak pernah marah saya.. awak satu2 nye insan yang tukar setiap marah saya kepada gelak ketawa.

seorang yang sangat ceria, yang tak pernah tunjuk penat dan runsing awak pada sesiapa.. saya selalu pelik mana datang tenaga awak hari2 non stop usahakan kedai tu.. rehat sekejap pon hari jumaat tapi awak kene ride balik melaka pulak.. 2-3 minggu ni awak terlalu penat bila ada masalah perkerja.

tapi awak masih bertahan dan tak putus asa.. saya selalu pesan, hari khamis malam tak perlu balik, rehat je dekat sane.. tapi awak selalu bagitahu saya, nak balik rumah tengok saya sebab rehat pada awak, hanya bila nampak saya.. Rupanye Allah bagi awak tenaga yg terlalu banyak selame ni sebab Allah nak bagi awak rehat awal.

sayang,

saya redha dgn pemergian awak.. umi dan papa pon sangat kuat dan redha anak sulung kesayangan pergi dulu.. tak pernah saya tengok abang2, kakak2, saudara mara saya meraung lebih dari saya bila terkejut dapat berita ni.

awak bukan hanya menantu, bukan hanya adik ipar, bukan hanya suami kepada saya di mata mereka.. tapi awak terlalu istimewa di mata semua.

kehadiran awak adalah penyeri & hadiah terindah dalam keluarga saya sayang.. terima kasih umi & papa lahirkan abang, besarkan abang jadi manusia sehebat ini.. kami semua redha sayang.. hanya rindu yang teramat sangat.

sayang,

Alhamdulillah terlalu banyak petanda untuk saya gembira lepaskan awak.. semua urusan terlalu & teramat mudah.. papa saya, papa awak, abang2 saya, sepupu2 saya, yg semua awak hormat & jadikan idola selame ni mandikan awak sayang.

mesti awak bangga kan? awakkan cepat tersentuh hati.. wajah awak sangat tenang setenang wajah awak semase tido.. ramai solatkan awak.. cuaca mendung iringi awak ke pusara walaupon dalam seminggu ni mmg hujan lebat di seremban lepas asar.

tapi jumaat lepas tak panas, tak hujan tapi cuaca yg terlalu selesa.. urusan kebumi sangat pantas, dan orang yang datang seolah2 taknak balik.. sampai la dah nak maghrib.


saya tak pasti hanya saya & kaklong, atau ada yg lain pon perasan, tapi pusara awak wangi sayang.. bukan bau minyak wangi biasa.. anak2 buah teresak2 rindukan awak sampai orang yg melawat kubur sebelah ingat awak ni ayah diorng.. rezeki awak, hari kedua pon masih ramai yang datang melawat awak.

Ramainye sayangkan awak sayang.. tersentuh hati saya baca satu2 ucapan di wall awak.. Terima kasih kepada semua yang tak putus2 doakan arwah suami saya, msg saya, whatsapp sy. minta maaf tak mampu saya nak reply satu2.

tapi segala ucapan dan kata2 semangat dari semua saya memang baca dan Alhamdulillah sangat2 membantu saya jadi kuat.. terima kasih kepada kawan2 awak yg tak kenal saya pon bole datang jumpe saya, cerita semua kebaikan awak.. ramai yang datang bagitahu, diorang nak jumpe saya sendiri sebab awak selalu cerita pasal saya.

Ramainye sayangkan awak.. untungnye saya jadi cinta pertama dan terakhir awak.. bertuahnye saya sayang.. Alhamdulillah.

Tiada lagi message dari awak masuk.. Last ayat awak bagitahu awak tak sabar nak balik, awak terbayang2 bawak motor ke melaka, awak nak sangat2 jumpa saya sebab awak sangat rindukan saya.. terdetik di hati saya 'kenape nak terbayang2 balik melaka?

kan setiap minggu tu rutin biase awak'.. sebab tu pagi tu saya tunggu awak sayang.. Melaka pulak cuti hari tu, tapi awak tak sampai2 dan takkan sampai lagi.. sampai sekarang saya terngiang2 bunyi motor awak sampai depan rumah..

Thank you Allah for this blessing.. Thank you Allah for this precious memory.. No words can describe how much I miss you, how much I envy you sayang... Terlalu cantik cara awak pergi sayang.. awak dah selesa di sana, insyAllah.. saya risau awak lupekan saya..

Sekarang ni masa untuk saya berusaha jadi hamba yg terbaik, kejar syurga Allah..

Saya nak sangat jumpe awak sayang..

Kepada semua yang risaukan saya.. insyaAllah saya kuat.. Saya beruntung sebab masih ade ibu bapa dan keluarga besar yg support sy. I am okay.

Teruskan berdoa dan bagi ucapan untuk suami saya ok? seronok sangat baca.. Jika ada hutang suami saya, tolong bagitahu, saya selesaikan insyaAllah... Jika terkasar bahasa, lawak terlebih tu harap di maafkan..

buat suamiku,

Saya okay sayang.. awak jangan risau.. sy takkan lupa makan, takkan lupa jaga diri.. tu pesanan awak hari2 kan? setiap hari awak tak lupa ucap 'terima kasih jadi isteri saya'.

saya pon nak cakap.. terima kasih jadi suami saya sayang.. suami terbaik untuk saya yg serba kurang ni.. till next time sayang..

Syurga untuk awak, insyaAllah.. Berbahagia dan rehatlah di sana sayang..



03/05/1986 - 14/04/2017
isterimu,
acu (keluarga saya)
kaklong (keluarga awak)
gambar raya terakhir kita, 2016..
#coretanbuatsuami #iloveyou
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post