Jutawan kosmetik, Dato Seri Vida kini kembali hidup secara solo setelah bercerai dengan suaminya Fairuz minggu lepas.
Setelah Seminggu Bercerai, Ini Luahan Hati Dato Seri Vida Yang Buat Ramai Sayu |
Pemilik Pamoga Qu Puteh ini telah bercerai buat kali ketiga.
ARTIKEL MENARIK: (TERKINI) Dato Seri Vida Dan Suami, Sah Bercerai Di Mahkamah Sebentar tadi
loading...
Setelah bercerai, ini antara luahan hati dari DS Vida.
Jom baca:
LUAHAN PERTAMA
Sedih
Tapi inilah takdir, lumrah hidup.
Saya dah SAH bercerai pagi ni. Kalau orang tnya kenapa, salah sape...Mengapa? Mmglah kita akan temui jawapan itu ini.
Tapi akhirnya..sy akur .. inilah rahsia Tuhan.
Inilah ujian
Inilah Anugerah
Saya cuba pertahankan bukan sekejap.
Saya pernah rasa Allah ciptakan dia untuk sy.
Tapi sudah takdir, ...Allah bagi ujian kat saya...saya kena Kuat..kena redha, .. .
Ooh macam ni... Allah nak bagi kebaikan.
Yang penting, urusan pun jalan lancar...
Walaupun hari ni Jumaat
Banyak bermula kebaikan..
Tapi saya.....huhu
Sayang semua doakan saya dapat jadi ibu yang baik ye.. Wanita yang berjaya. Walau sekarang air mata dah jadi macam kering.
LUAHAN KEDUA
Saya ditakdirkan kembali menjadi ibu tunggal
"Ini perjalanan takdir yang Allah telah tetapkan untuk saya. Boleh menangis, boleh meratap tetapi tidak akan berlama-lama. .
Saya punya tanggungjawab besar, menjaga bisnes yang saya sudah mulakan selama 16 tahun. ..
Saya tidak mahu musnahkan semua yang telah saya bina hanya kerana hal peribadi sebegini Saya kena kuat, tak boleh kalah......"
Dengan penuh KeAGUNGAN.. Sy ni jenis x mudah menyerah..
Memang nak berada seperti sekarang.
Bukan mudah
LUAHAN KETIGA
Air mata tu dah tak berasa apa dah..
Tak lut dah...
Saya jenis yang hands on
Ikutkan letih tu.. hati.. jiwa..kudrat kita manusia..Allah je yg tahu.
Saya tak mengeluh. ..tapi ..
Bila duduk sorang, ..
Macam inilah..
Antara tidur dalam jaga..Bertafakur
Saya kata pada tuhan,
Ya Allah banyaknya saya tipu diri sdiri.
Untuk beri semangat pada orang ramai.
Tapi inilah anugerah, amanah dan saya yakin Allah nak bagi ganjaran lebih besar..
Yakin..
Sangat YAKIN..
Sayang kena doa untuk saya ye.
LUAHAN KEPADA WARTAWAN
“Pada saya boleh juga hendak beli. Tetapi bahagia yang subjektif. Bahagia rumah tangga, ada orang boleh beli, tabur duit jadi bahagia. Tetapi sekarang ni, kita tabur pun tak bahagia juga, macam mana tu?”
“Cuma ia mengajar saya, lain kali carilah pasangan yang sekufu dengan kita, itu pengajaran buat saya,” katanya kepada akhbar tersebut. Malah menurut Datuk Seri Vida, dia sendiri tidak pernah serik untuk membina rumahtangga yang baru.
“Oho, untuk ubati rasa duka, sudah tentulah dengan membeli-belah. Lagi banyak beli, lagi sejuk hati tu. Tetapi yang lebih penting lagi, malam-malam saya akan bermunajat. Saya jenis tidur lewat. Tidur sekejap, bangun balik untuk bermunajat kepada Allah”
“Saya adu segala-galanya kepada Dia, kemudian saya akan tidur semula selepas subuh. Sehari saya cuma tidur lima jam sahaja. Tetapi peliknya, kalau orang lain tak tidur kurus, tetapi saya tetap macam ni….Hahaha!,”
Itulah beberapa luahan hati DS Vida setelah seminggu bercerai. Semoga kuat hadapi cabaran.
Post a Comment