Facebook (FB) dalam kenyataan memberitahu lelaki yang menembak mati seorang lelaki tua di sini, tidak menyiarkan secara langsung pembunuhan itu di FB namun dia ada membuat siaran langsung lain.
Lelaki bunuh orang sesuka hati live di facebook rupanya kecewa dengan teman wanita |
Sebelum ini, polis menyatakan lelaki itu yang dikenali sebagai Steve Stephens, 37, menyiarkan secara langsung dia menembak mati Robert Godwin Sr, 74.
ARTIKEL MENARIK: 5 FOTO NGERI ! TERKINI ! 4 Lelaki Menyamar & R0gol Pelajar IPTA Di Melaka Didepan Kekasih Sendiri
loading...
“Ia jenayah ngeri dan kami tidak membenarkan kandungan seperti ini di Facebook.”
“Kami berusaha keras memastikan keselamatan di Facebook, dan bekerjasama dengan pihak berkuasa bila wujud kecemasan seperti ancaman atau bahaya lain,” kata jurucakap FB.
Ketua Polis Cleveland, Calvin Williams, berkata pihaknya sedang memburu Stephens di seluruh Cleveland serta kawasan lain dan meminta lelaki itu menyerah diri.
Datuk Bandar Cleveland, Frank Jackson, yang mendesak Stephens menyerah diri berkata: “Apa saja masalahnya, kita boleh berbincang.”
Dalam video itu, Stephens keluar dari keretanya dan menuju ke arah Godwin yang ketika itu sedang memegang beg plastik berisi barangan dibelinya. Stephens didengar menyebut nama seorang wanita namun Godwin tidak mengenalinya.
“Dia punca apa yang akan berlaku kepada kamu,” kata Stephens sebelum mengacukan pistol ke arah Godwin yang kemudian kelihatan mengangkat beg plastik berkenaan melindungi mukanya. Dia kemudian menembak mati lelaki itu.
Dalam video lain di FB selepas itu, Stephens mendakwa mendakwa sudah membunuh 15 orang dan polis sedang berusaha mengesahkannya.
Williams berkata: “Belum ada mangsa yang dapat kami kaitkan dengannya.”
Menurutnya, polis sudah bercakap dengan keluarga dan lelaki lelaki itu yang bekerja dengan sebuah agensi penjagaan kesihatan di sini.
Video itu berada di FB selama tiga jam sebelum dibuang. FB Stephens juga tidak lagi aktif selepas itu.
Stephens juga menulis di FB bahawa ‘dia kini tidak keruan’ dan menyalahkan seorang wanita, Joy Lane, dipercayai bekas pasangannya, terhadap tindakannya membunuh itu ,
Menurut Stephens dia akan berhenti membunuh jika wanita itu atau ibunya menghubunginya. Lane dikatakan bekas anggota tentera udara dan mereka menjalin hubungan selama tiga tahun.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment