Kulit Album Didakwa Lambang Mata Dajjal, Malique Beri Penjelasan

Kulit Album Didakwa Lambang Mata Dajjal, Malique Beri Penjelasan

Selepas mendapat kritikan dan kecaman mengenai kulit album tiga mata, album terbaharunya berjudul Malique TKO: Pejamkan Mata yang dikaitkan dengan mata Dajjal, Malique akhirnya tampil memberi penjelasan.

Kulit Album Didakwa Lambang Mata Dajjal, Malique Beri Penjelasan
Kulit Album Didakwa Lambang Mata Dajjal, Malique Beri Penjelasan

Malique menjelaskan maksud sebenar kulit album yang dikatakan mata Dajjal tersebut sebenarnya membawa maksud sebagai mata hati. Oh, mata hati… tapi kenapa tiga mata?

ARTIKEL MENARIK:Isu Persenda PM : Najip Ali Diberi Tempoh Sehingga Jumaat Ini Untuk Mohon Maaf

loading...

Malique berkata, apa cuba disampaikan menerusi gambar mata ketiga itu ialah tidak menghukum sesuatu perkara menerusi mata luaran, sebaliknya menggunakan mata hati.

“Kulit album yang mempunyai mata tiga ini mempunyai tafsiran berbeza, sebenarnya mata ketiga itu adalah mata hati.

“Mungkin ramai tidak tahu mesej cuba disampaikan iaitu jangan menghukum sesuatu hanya pada luaran dan permukaan.

“Sebaliknya pandang dengan mata ketiga iaitu mata hati untuk menyelami dasarnya dan memahami isinya,” – Malique.

Album Malique dengan lagu hits iaitu lagu duet bersama Dayang Nurfaizah berjudul Pejamkan Mata ini diedarkan secara online sejak Disember tahun lalu itu habis terjual hanya dalam beberapa minggu sahaja.




________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post