Kasihan Aisyah Nampak Kurus,Tangan Digari Sepanjang Masa Dikandang Saksi
Kasihan Aisyah Nampak Kurus,Tangan Digari Sepanjang Masa Dikandang Saksi |
Perbicaraan Kes Siti Nor Aisyah Atam yang berasal dari Kampung Sura Hujung, Dungun berlangsung pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
ARTIKEL MENARIK: NGERI! Pada Mulanya Rakan-Rakan Hanya Ingin Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Wanita Ini Tetapi Tidak Sangka Ia Membawa Kepada Kematian
loading...
SIti Aishah diwakili sepasukan lima orang peguambela iaitulah Tuan Mohd Kamaruzaman Abd Wahab, Tuan Zukri Jusoh, Tuan Mohd Zubir Embong, Tuan Haji Fariz Dato Mustafa dan Tuan Ahmad Amzar Azlan yang dipantau rapat oleh Lujnah Undang Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Terengganu.
Kes didengar di hadapan Tuan Hakim YA Dato Haji Mohamad Shariff bin Haji Abu Samah di Mahkamah Tinggi 4, Tingkat 4, Kompleks Mahkamah Jalan Sultan Abdul Halim Kuala Lumpur.
Kes ini menguji perlaksanaan akta SOSMA yang sedang menggantikan ISA dalam konteks keselamatan dalam negeri dan bagaimana proses menegakkan keadilan diberikan kepada orang kena tuduh.
Kes ini dianggap penting kerana ia bakal menjadi ‘precedent’ (rujukan kes) bagi perjalanan kes kes seumpamanya pada masa akan datang.
Di samping PAS menyokong segala langkah pencegahan dalam membendung ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara, PAS juga memandang berat agar perlaksanaan undang undang SOSMA ini yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA, mestilah juga dilihat memberi hak pengadilan yang munasabah kepada mereka yang dituduh.
Dalam Kes Siti Aishah ini, bekas pelajar Sarjana Usuluddin Universiti Malaya ini berdepan dengan tuduhan terlibat memiliki buku-buku yang boleh dikaitkan dengan rangkaian pengganas, Is, Daesh dan JI, dimana pada pusingan pertama Kes pendakwaan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tanpa ‘Prima Facie’ kes.
Perbicaraan sebelum ini berlegar pemilikan beberapa buku buku yang didakwa mengandungi elemen rangkaian pengganas. Buku buku ini tidak pernah diharamkan dalam negara dan diperolehi dalam pasaran terbuka.
Walau bagaimanapun, pada hari ini satu dokumen baru telah dikemukakan ke Mahkamah berupa laporan polis yang pernah dibuat oleh bapa kepada Siti Aishah pada tahun 2014. Saksi, seorang Lans Kopral dari Balai Polis Dungun yang mencatat Laporan Polis berkenaan memberi keterangan dan disoal balas oleh pasukan pembelaan hari ini.
Tiada dihurai secara terperinci kandungan laporan polis tersebut kerana pasukan pembelaan baru saja menerima salinan dokumen berkenaan dalam mahkamah pada hari ini.
Perbicaraan akan disambung pada 18hb April 2017.
Saya sempat menemui Siti Aishah dan keluarga bagi menyampaikan rasa dukacita dan simpati dengan tekanan dihadapi OKT dan keluarga bila kes berlarutan panjang. Saya sempat memberi nasihat agar tabah dan dan sabar dengan ujian yang dihadapi.
Siti Aishah tidak kelihatan seperti penjenayah besar yang boleh huru harakan negara. Malah dia kelihatan bingung dengan proses mahkamah yang sedang dihadapinya.
Siti Aishah yang kelihatan kurus berada dalam Kandang Tertuduh dalam keadaan tangannya bergari sepanjang masa diperhatikan di dalam bilik bicara.
Saya mengambil kesempatan mendapatkan gambaran lebih jelas melalui perbincangan dengan semua peguam yang terlibat.
Semoga proses perundangan yang sedang berjalan benar benar akan menatijahkan keadilan yang semulajadi kepada negara dan juga kepada yang tertuduh.
Hj Ahmad Amzad Hashim
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
11hb April 2017
Eberita.org.
Post a Comment