'Jururawat' Suntik Cecair Misteri Sebelum Samun

'Jururawat' Suntik Cecair Misteri Sebelum Samun

BATU PAHAT: Seorang warga emas di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, dekat sini, kerugian RM25,000 selepas barang kemasnya dilarikan dua wanita menyamar sebagai jururawat.

'Jururawat' suntik cecair misteri sebelum samun
'Jururawat' suntik cecair misteri sebelum samun  

Kedua-dua suspek didakwa menyuntik mangsa dengan cecair misteri yang menyebabkan wanita itu 'khayal', Jumaat lalu.


ARTIKEL MENARIK:  Pemandu Bas Mahligai yang dinaiki Mira Filzah dan Aliff Aziz maut kemalangan (10 Gambar)

loading...

Kejadian itu menjadi viral di laman sosial termasuk Facebook (FB) sejak semalam selepas seorang anaknya berkongsi kisah menimpa Zabaidah Aspan, 63. Ketika itu, suami mangsa, Yusof Sarmidi, 68, keluar menunaikan solat Jumaat kira-kira jam 1 tengah hari.

Zabaidah mendakwa didatangi dua wanita yang mengaku sebagai jururawat dari Klinik Kesihatan Batu Pahat yang ingin membuat pemeriksaan berikutan penyakit kencing manis dihadapinya.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana seorang wanita itu memakai pakaian seragam jururawat dan mendakwa pemeriksaan kesihatan ke rumah dibuat bagi kemudahan warga tua supaya tidak perlu beratur atau menunggu lama.

"Mereka meminta saya menanggalkan barang kemas dan pakaian bagi menjalankan pemeriksaan lengkap sebelum saya menyimpan barang kemas di laci berdekatan.

"Saya diminta meniarap dan dua wanita itu memaklumkan akan memberi dua suntikan ubat kolestrol, kencing manis dan darah tinggi di leher serta belakang. "Tidak lama selepas itu, saya mulai khayal dan seorang daripada mereka sempat melakukan bekam di belakang badan saya.

"Rakannya memberitahu mahu mengambil peralatan dan tidak lama selepas itu, seorang lagi wanita turut keluar. "Apabila mereka tidak muncul selepas lima minit, saya bangun dan meninjau keluar sebelum mendapati kereta mereka tiada.

"Dalam keadaan separuh sedar, saya memeriksa laci dan mendapati semua barang kemas sudah lesap," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini. Zabaidah berkata, antara barang kemasnya yang hilang ialah seutas rantai emas bersama loket, tiga utas gelang tangan dan tiga cincin emas bernilai RM25,000.

Beliau dan suami membuat laporan di Balai Polis Yong Peng pada hari sama sebelum diarah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat berikutan disuntik cecair misteri.

Kesan suntikan berkenaan masih bengkak sehingga hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

BH ONLINE
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post