Achey telah dipilih menjadi pengacara rancangan Gema Gegar Vaganza bersama Siti Nordiana dan juga Fikri.
Ini Respon Balas Achey Apabila Ramai Menyampah Dengannya Jadi Pengacara Gema Gegar Vaganza |
Namun ramai tak suka dengan Achey yang terjerit-jerit di atas pentas ketika mengacara.
ARTIKEL MENARIK: Netizen rimas dan meluat Achey bingit jadi pengacara Gema Gegar Vaganza
loading...
Achey telah tampil memberi respon balas dan mengatakan dia diminta oleh pihak produksi untuk mengacarakan program realiti keagamaan Gema Gegar Vaganza dengan caranya tersendiri.
Achey suka menjadi bingit dan bising untuk menjadikan program berkenaan lebih menarik dan tidak membosankan.
Ini respon balasnya:
BISING BINGIT
"Saya dipilih untuk mengacarakan program itu adalah untuk menghiburkan dengan cara saya. Pihak produksi minta saya menjadi diri saya sendiri ketika berada di atas pentas.
"Pada awalnya iaitu segmen pertama, saya cuba untuk merendahkan suara tapi ditegur pihak produksi kerana tidak mahu program itu terlalu mendatar,"
"Saya tahu akan dikritik kerana ketika menerima tawaran ini sahaja isteri saya bertanya sama ada saya benar-benar mahu menerima atau tidak.
"Dia tahu cara saya mengacara yang bising dan bingit itu tidak sesuai dengan program keagamaan, namun pihak Astro pula mahu kelainan dalam program tersebut. Tidak mengapalah, saya tidak boleh memuaskan hati semua orang,"
GUNA KAU KAU
"Saya dan peserta memang rapat dan mereka sendiri tidak mahu saya memanggil mereka dengan ganti nama awak atau abang. Lagi pula bila saya penggil dengan cara itu mereka akan rasa selesa dan tidak gementar,
"Saya rasa ia bukan bahasa kasar kerana dalam setiap doa juga kita gunakan ganti nama aku dan kau agar ia rasa lebih dekat dengan Allah,"
MINTA NASIHAT NABIL JOHAN
"Saya ada minta nasihat Nabil dan Johan untuk mengacarakan program ini, mereka kata buat cara saya sendiri dan jangan cuba jadi orang lain.
"Oleh kerana program ini berkonsep keagamaan, saya juga banyak menonton video-video ceramah daripada ustaz kegemaran saya iaitu Syamsul Debat,"
Semoga Achey kurangkan bunyi bisingnya kerana memang kebanyakkan penontion kurang gemar dengan keadaan itu.
Tambah saja lawak yang lucu dan natural seperti Nabil dan Johan buat.
Semoga sukses sebagai pengacara.
Berita Memey
Post a Comment