Bakal Suami Menghilang Di Hari Pernikahan. 3 Bulan Berlalu Aku Dapat Berita Yang MENGEJUTKAN !!!

Bakal Suami Menghilang Di Hari Pernikahan. 3 Bulan Berlalu Aku Dapat Berita Yang MENGEJUTKAN !!!

Untuk para pembaca, saya harap kisah saya dijadikan iktibar untuk semua, jangan risau karangan saya tak akan buat anda semua pening bila membacanya.

Bakal Suami Menghilang Di Hari Pernikahan. 3 Bulan Berlalu Aku Dapat Berita Yang MENGEJUTKAN !!!
Bakal Suami Menghilang Di Hari Pernikahan. 3 Bulan Berlalu Aku Dapat Berita Yang MENGEJUTKAN !!!

“Majlis perkahwinan lagi berbaki 1 minggu saja lagi, Kad jemputan sudah diedarkan, mak andam, katering pelamin baju semua sudah ditempah dan dibayar, family yang lain sudah ada yang bermalam di rumah saya untuk majlis yang dinantikan oleh keluarga saya, malam berinai, yang cukup² membuatkan jiwa saya jadi kacau air mata berlinang tak henti² sebab rombongan pengantin lelaki yang sepatutnya datang ke kampung saya tapi masih belum muncul,

ARTIKEL MENARIK:ALLAH !!! Beria² Sangat Pakwe Suruh Aku Pakai Baju Kurung Kalau Nak Ikut Pergi Air Terjun. Rupa²nya !!!

loading...

Ya Allah… lagi beberapa jam majlis akad nikah, inai di jari kaki dan tangan sudah pun merah, pelamin nikah indah siap diruang tamu rumah dengan lampu malap nampak romantik, keluarga sibuk bergotong royong didapur untuk majlis akad nikah esok hari.

Hati sudah menjadi tak tentu arah, saya hubungi tunang tapi malangnya hp off, pakcik dan makcik tunang saya langsung tak nak jawab panggilan saya, dalam hati saya dah yakin dia tidak akan datang ke majlis saya. Majlis akad nikah akan diadakan selepas waktu zohor, yaa betul sangkaan saya, mereka tidak datang, Ya Allah swt,menangis sedih ketika itu bukan disebabkan saya tidak jadi kahwin tetapi sedih melihat mak bapak ahli keluarga dan adik beradik saya yang sepatutnya gembira tetapi bertukar sedih hampa kecewa dan malu.

Tanpa berpikir panjang seawal pukul 7 pagi saya kumpulkan ahli keluarga terdekat saya gagahkan diri beritahu mereka yang si lelaki tidak akan datang, mak dan ayah saya cepat² batalkan majlis sanding yang sepatutnya di buat didewan yang telah di tempah, termasuk pelamin, katering, mak andam dan juga photographer, dalam masa yang sama saya sangat² tidak tahu menahu apa sebab dia tak nak hadirkan diri walhal perbelanjaan kahwin semua dia yang berikan, ketika bertunang family dia datang membawa duit belanja kahwin dan juga hantaran bertunang.

Saya bersyukur walaupun dalam keadaan begini family masih rasional dan mereka beranggapan si lelaki sudah beristeri sebab tu tidak munculkan diri, majlis ditukar dengan kenduri kesyukuran. ahli keluarga semua bersimpati pada saya, tidak kurang juga ada yang menghina dan mencemuh saya seolah2 saya yang bersalah😢. Saya masih waras, saya masih sayangkan keluarga saya, tidak terpikir untuk membunuh diri atau melarikan diri kerana saya sangat² yakin pasti ada hikmah dsebalik semua ini.

Selang seminggu si lelaki menghubungi saya, bermacam² alasan yang dia beri, family saya yakin pasti ada perkara yang dia sorokkan, dengan cara baik family putuskn tali pertunangan dengan tunang saya melalui panggilan telefon dengan cara yang baik, ramai juga yang menyuruh ayah saya untuk failkan saman, tapi ayah dan mak enggan dan mereka yakin pasti ada balasan yang lagi setimpal yang akan dia perolehi selepas ini.

3 bulan selepas kejadian tersebut saya terima panggilan dari seorang perempuan, memaki, menghina dan mencaci saya dengan kata² kesat, saya pelik hairan bin tekejut, kenapa saya kena maki hamun tiba², saya dengan tenang membaca semua caci maki perempuan tersebut, rupa²nya dia isteri kedua kepada bekas tunang saya, dia tuduh saya merampas suami dia, dalam keadaan tu, saya nak gelak dan nangis pun ada😂, bukan apa dia tuduh saya rampas padahal saya tak jadi kahwin pun dan saya tidak tahu menahu pun yang dia sudah beristeri dua dan mempunyai anak seorang berusia 1 bulan .

Saya mangsa penipuan, oleh lelaki penipu yang bersumpah bahawa dia bujang, kalau perempuan lain maybe boleh jadi gila sebab tak jadi kahwin. Selepas isteri dia dah puas maki hamun saya, saya send semua bukti² gambar pertunangan, majlis rewang, pelamin nikah inai dan persiapan kahwin yang lain terutama sekali kad jemputan kahwin, tak cukup dari tu semua bukti² resit pembayaran/perbelanjaan persiapan kahwin saya send dengan isteri dia, tekejut tak terkata si isteri, saya jelaskan dengan nada yang lembut tanpa berkasar walau sedikit pun saya faham perasaan dia sebagai perempuan, saya slowtalk dengan dia agar dia tidak salah faham dengan situasi saya, alhamdulillah dia terima dengan baik, dan dia sedia bermadu dengan saya katanya dia yakin saya perempuan yang baik untuk suami dia tapi “Oh Tak Mungkin” cukup dengan apa yang bekas tunang buat pada saya dengan keluarga saya, cukup² memalukan saya.

Dipendekkan cerita, kawan saya telah send keratan akhbar pada whatpapps saya, tekejut juga bila saya terbaca akhbar tu, si lelaki telah ditangkap polis kerana menipu tak perlu la saya aibkan apa penipuan yang telah dia buat sehingga dimuat naik dalam surat khabar tak kurang juga diviralkan di facebook, keluarga saya menadah tangan tanda syukur pada Allah swt akhirnya dia terima balasan atas apa yang telah dia lakukan selama ini, dalam kegembiraan tersebut mak n adik saya menangis melihat wajahnya yang terpampang di surat khabar, walaupun masih marah tapi…….”

Kredit:-KRT


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post