6 Maut Selepas Kereta Yang Dinaiki Mereka Dihempap Treler

6 Maut Selepas Kereta Yang Dinaiki Mereka Dihempap Treler

Tanjung Malim, 2 Apr - Enam termasuk seorang wanita maut apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap oleh sebuah treler dalam kejadian pagi tadi.


6 Maut Selepas Kereta Yang Dinaiki Mereka Dihempap Treler
6 Maut Selepas Kereta Yang Dinaiki Mereka Dihempap Treler

Kejadian itu berlaku di KM 403.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Tangjung Malim.


ARTIKEL MENARIK: Perjalanan melawat ibu sakit diHospital Kuala Krai dari KL .. Hazli Suzana maut kemalangan (8 Gambar)

loading...

Jurucakap bomba berkata, dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, treler yang datang dari arah utara itu terbabas serta terbalik di laluan bertentangan akibat tayar pancit dan menghempap kereta mangsa.



"Kami menerima panggilan pada jam 7.41 pagi. Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu serta Tanjung Malim bergegas ke lokasi kejadian." katanya sebagaimana lapor Kosmo.

Sementara itu, Astro Awani pula melaporkan mangsa yang maut adalah Low Wai Loon, 46, Lam Leong Choy, 76, Lam Jie Yang, 19, Wong Check Lee, 53, Lam Jie Hong, 13 dan Lam Wai Keat, 38.

Pemandu treler yang berusia 27 tahun pula mengalami kecederaan ringan.

Operasi mengeluarkan mangsa lima lelaki dan seorang wanita itu selesai 9.40 pagi tadi.

Sumber: Kosmo!Astro Awani 




View image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter

Enam maut dalam kemalangan babitkan lori treler dan kereta di Km402.2 Lebuhraya PLUS, dekat Tanjung Malim, 7.30 pagi tadi - Bomba



________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post