5 Langkah Mudah Untuk Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Al-Mubarak. Luang 2 Minit Untuk Baca!!!

5 Langkah Mudah Untuk Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Al-Mubarak. Luang 2 Minit Untuk Baca!!!

5 Langkah Mudah Untuk Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Al-Mubarak. Luang 2 Minit Untuk Baca!!!

5 Langkah Mudah Untuk Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Al-Mubarak. Luang 2 Minit Untuk Baca!!!

5 Langkah Mudah Untuk Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Al-Mubarak. Luang 2 Minit Untuk Baca!!!


Begitulah mulianya Ramadhan. Bulan turunnya Al-Quran. Satu bulan cukup indah untuk kita menambah rasa cinta kepada Al-Quran. Maka, pada bulan Ramadhan, suara bacaan Al-Quran lebih banyak didengari.

ARTIKEL MENARIK: SAYU: Makin KURUS, Rambut GUGUR... Kalau Tak Mampu Bantu Ustaz Hanafi Guna Wang Ringgit Viralkanlah Keperitan Beliau Melawan Kanser, Nescaya Akan Ada Yang Bantu...

loading...

Firman Allah SWT (maksud):
“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan pembeza.”

Begitulah mulianya Ramadhan. Bulan turunnya Al-Quran. Satu bulan cukup indah untuk kita menambah rasa cinta kepada Al-Quran. Maka, pada bulan Ramadhan, suara bacaan Al-Quran lebih banyak didengari.

Sambil memungut pahala berlipat kali ganda, kefahaman dan harapan agar Al-Quran terus menjadi sahabat walaupun selepas Ramadhan dipupuk sebagai satu azam. Jika anda berniat untuk khatam Al-Quran di bulan Ramadhan, berikut adalah cara-caranya:

#1 – Niat
Apa jua yang anda lakukan mesti dimulakan dengan niat. Amalan hanya boleh diterima jika ia disertai niat. Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:


“Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya, sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya akan dinilai mengikut tujuan itu.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

#2 – Buat Perancangan

Sebelum datangnya Ramadan, buat perancangan bacaan Al-Quran anda. Senaskhah Al-Quran mempunyai kira-kira 600 muka surat. Bahagikan jumlah muka surat dengan jumlah hari berpuasa.

Anda akan mendapat jumlah minimum muka surat yang anda perlu baca dalam sehari. Kemudian, bahagikan pula jumlah muka surat dalam sehari mengikut pembahagian masa anda.

#3 – Dapatkan Al-Quran Mini

Pada masa kini, ada pelbagai saiz Al-Quran boleh didapati di pasaran. Memandangkan anda akan membaca Al-Quran lebih kerap, Al-Quran bersaiz mini lebih sesuai untuk anda. Al-Quran mini memudahkan anda membaca Al-Quran hampir setiap masa dan di mana-mana sahaja.

Selain itu, terdapat banyak aplikasi Al-Quran yang boleh dimasukkan ke dalam telefon pintar ada. Ia membantu melancarkan lagi aktiviti pembacaan Al-Quran anda.

#4 – Gunakan Masa Terluang Sebaiknya

Masa terbaik untuk anda membaca Al-Quran adalah selepas setiap solat lima waktu. Anda juga boleh membaca Al-Quran pada waktu-waktu lain selepas itu sekiranya anda mempunyai masa.

Jika anda tidak boleh membaca Al-Quran, contohnya kerana anda sedang datang haid, gunakan ruang ini untuk mendengar bacaan Al-Quran. Anda juga boleh membaca tafsir bagi menambahkan lagi kefahaman anda terhadap isi kandungan Al-Quran.

#5 – Istiqamah

Rasa malas, letih dan sebagainya pasti akan muncul. Kuatkan semangat untuk melawan semua perasaan negatif. Sasaran anda adalah menanam rasa cinta kepada Al-Quran. Pada peringkat awal, kecekalan atau konsisten adalah prinsip yang diperlukan.

Berdoalah kepada Allah agar diberi kekuatan membaca Al-Quran. Selepas itu, anda akan melakukannya seperti rutin, menghilangkan rasa terpaksa yang sebelum ini anda lalui. Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w bersabda:
“Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya.”(Riwayat Muslim)
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post