VIDEO: Akhirnya Video Penuh Kes Buli Suami Lana Nordin Tersebar... KANTOI Siapa Yg Bersalah Sebenarnya !

VIDEO: Akhirnya Video Penuh Kes Buli Suami Lana Nordin Tersebar... KANTOI Siapa Yg Bersalah Sebenarnya !

KUALA LUMPUR - "Silap dear, lelaki itu yang langgar kereta kitorang. I ada masa tu. Lepas tu dia dah salah, biasalah buat certa terbalik. Suruh dia upload video dari awal la dear" demikian reaksi awal Lana Nordin berhubung viralnya video suaminya yang didakwa telah melanggar kereta seorang pemandu warga Singapura, 14 Mac lalu.

VIDEO: Akhirnya Video Penuh Kes Buli Suami Lana Nordin Tersebar... KANTOI Siapa Yg Bersalah Sebenarnya !
VIDEO: Akhirnya Video Penuh Kes Buli Suami Lana Nordin Tersebar... KANTOI Siapa Yg Bersalah Sebenarnya !

Membalas pertanyaan followersnya di laman Instagram, ini kenyataan Lana Nordin seterusnya:



ARTIKEL MENARIK:




loading...

Menurut Lana, dia tidak mencari publisiti murahan dan redha dengan apa yang berlaku. Namun menegaskan bahawa pemandu warga Singapura itu yang melanggar kereta mereka.

"Nampak sangat lelaki itu pengecut. Suruh saja dia upload video part yang dia langgar mula-mula itu. Nasib baik kami lepaskan dia tak pergi balai. Dan-dan kata kita langgar dia dan dia upload pula video ngam-ngam selepas dia dah langgar kita. Pandai betul chinese driver tu kan!" tulisnya.

Terdahulu laman Stomp.sg melaporkan kenyataan isteri kepada pemandu warga Singapura itu bahawa suami pelakon berkenaan yang terlebih dahulu melanggar kereta suaminya yang dalam perjalanan pulang ke Singapura dari pejabatnya di Johor Bahru.

Biar apa pun puncanya, selesaikanlah dengan baik dan tidak perlu membabitkan kekerasan dalam hal sekecil ini. Semoga kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian yang terbaik.


******


JOHOR BAHRU - Rakaman video 'dashcam' seorang pemandu Toyota Alphard yang bertelagah dan menunjukkan isyarat lucah kepada mangsanya, viral di media sosial.

Lapor laman Stomp.sg, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 6.30 petang 14 Mac lalu di Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura.

Menurut isteri kepada pemandu warga Singapura yang terlibat dalam kejadian itu berkata, suaminya pada ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabatnya di Johor Bahru.

"Masa itu, jalan agak sesak. Pemandu itu cuba memotong di hadapan kereta suami saya. Suami saya berhenti dan pemandu itu terus ke depan dan bergesel dengan kereta suami saya.

"Selepas itu dia menyalahkan dan memarahi suami saya," katanya.

Berdasarkan video tersebut, lelaki yang dipercayai suami kepada seorang pelakon wanita tempatan telah keluar dari keretanya dan menghamburkan kata-kata kesat kepada lelaki itu.

VIDEO LANA NODIN & SUAMI DILABEL “ROAD BULLY”


Dalam masa yang sama, pelakon wanita itu turut menjenguk dari tingkap kereta bahagian pemandu untuk melihat apa yang berlaku.

Suami pelakon berkenaan cuba meminta maklumat diri lelaki itu, namun tuntutannya tidak diendahkan. Malah lelaki itu mempersoalkan mengapa dia perlu memberi maklumat dirinya sedangkan dia tidak bersalah dalam kejadian tersebut.

Sebelum beredar dari tempat kejadian, suami pelakon berkenaan dilihat menunjukkan isyarat lucah pada mangsa.

Lapor Stomp.sg lagi, keretanya hanya mengalami calar kecil sahaja. Dia juga dikatakan akan membuat laporan polis di Malaysia.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post