Tindakan Malaysia Halau duta korea utara umpama menempah perang - Netizen

Tindakan Malaysia Halau duta korea utara umpama menempah perang - Netizen

PETALING JAYA: Duta Korea Utara Kang Chol diisytiharkan “persona non grata” dan dijangka meninggalkan Malaysia dalam masa 48 jam bermula 6.00 petang ini.


Pengumuman Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman hari ini membuka babak baru dalam hubungan antara Malaysia dan Korea Utara selepas pembunuhan “Kim Chol” atau Kim Jong Nam, abang sebapa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, 13 Februari lalu.

ARTIKEL MENARIK:
1. (10 Gambar & Video) Jamal Buat Hal Lagi, Bawa Keranda & Van Mayat Depan SUK

2. KINI VIRAL : Prihatin nasib orang Melayu, Ku Nan cadang P.Pinang jadi sebahagian Wilayah Persekutuan

3. Harga Bahan Api Bagi Januari 2017 – RON95, RON97 & Diesel Semua Naik Sebanyak 20 Sen

4. Hotel diroboh, Jamal dakwa Azmin berdendam

5. JAMAL MALU BESAR ! Ini Respon Siti Lepas DIHINA Jamal Airnya Tak Subur ! TERBAIK Dato Siti ! Hahahaha



loading...



“Pengusiran duta Korea Utara menyusuli keputusan kerajaan Malaysia, seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu berkuat kuasa 6 Mac 2017 semua warga Korea Utara perlu memohon visa untuk memasuki Malaysia.

“Ini merupakan petanda kerajaan bimbang Malaysia digunakan untuk aktiviti haram. Langkah ini sebahagian daripada proses kerajaan Malaysia mengkaji semula hubungannya dengan Korea Utara,” kata Anifah dalam kenyataan hari ini.

“Persona non grata” bererti “orang yang tidak diingini” dan merupakan penolakan paling serius sesebuah negara terhadap diplomat asing dan juga sebagai penyataan rasa tidak senang terhadap kelakuan atau dasar negara diplomat itu.

Pada 28 Februari, para pegawai Wisma Putra diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Raja Nurshirwan Zainal Abidin menemui delegasi Korea Utara meminta permohonan maaf daripada Pyongyang di atas tuduhan yang dilemparkan oleh duta mereka.

“Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang penghinaan terhadapnya atau sebarang cubaan untuk mencemar reputasinya,” kata Anifah, dan menambah Pyongyang diberi masa sehingga jam 10.00 malam hari yang sama untuk menjawab permohonan itu.

“Hampir 4 hari berlalu sejak tarikh akhir itu. Tiada permohonan maaf diberikan, tiada petanda ia akan diberikan. Atas sebab ini, duta diisytiharkan ‘persona non grata’.”

Korea Utara sehingga hari ini enggan mengesahkan identiti si mati, membantah bedah siasat yang dijalankan dalam siasatan pembunuhan itu, dan mendakwa Malaysia berpakat dengan negara musuh.

Dakwaan Korea Utara menggugat hubungan diplomatik antara kedua negara, mendorong Malaysia memanggil pulang duta ke Pyongyang dan memansuhkan lawatan bebas visa dengan Korea Utara.

Analisis awal ke atas bahan yang diambil dari muka si mati menemui kesan VX, kimia sintetik yang sangat mudarat ia dikelaskan sebagai senjata pemusnah.

Kelmarin, diplomat kanan Korea Utara Ri Tong Il memberitahu pemberita si mati mungkin mati akibat serangan jantung, walaupun analisis awal pihak berkuasa menemui kesan VX.

Beliau mendakwa “Kim Chol” mempunyai sejarah penyakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Tong Il bagaimanapun tidak mengemukakan bukti, dan pihak berkuasa menepis dakwaan itu.

Satu-satunya suspek Korea Utara yang ditahan, Ri Jong Chol, dibebaskan minggu ini kerana kekurangan bukti.

Jong Chol hari ini menafikan pembabitan dalam pembunuhan itu dan menuduh polis cuba mengenakan beliau dengan bukti yang direka untuk memfitnah Korea Utara.

“Pembebasan Ri Jong Chol daripada tahanan polis kerana kekurangan bukti untuk mendakwa beliau, menjadi bukti siasatan yang dijalankan secara saksama, adil dan telus, tindakan yang wajar oleh negara yang mendaulatkan undang-undang,” kata Anifah.

Terbaharu, media Korea Selatan dan Jepun memetik sumber diplomatik melaporkan Amerika Syarikat merancang menyenaraikan semula Korea Utara dalam senarai negara pengganas, bersama Iran dan Syria

namun menerusi akaun facebook Moza Rella Mza tindakan Malaysia tersebut umpama menempah perang



________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post