Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani mahu rakyat negara ini menukar cara pemikiran mereka berhubung pembelian rumah ketika muda dan menanggung hutang jangka panjang yang besar.
Sewa Rumah, Jangan Beli Rumah, kata Menteri |
Bercakap di Putrajaya hari ini, Johari berkata di kebanyakan negara, masyarakatnya memilih untuk menyewa bagi tempoh masa lebih lama sehingga mereka mempunyai wang mencukupi bagi membeli rumah.
ARTIKEL MENARIK:Sultan Johor Cuba Dirasuah RM2 Juta, Ketua Pesuruhjaya SPRM Menghadap Sultan Johor
loading...
"Ia budaya kita. Kami tidak percaya untuk menyewa selama 20 hingga 30 tahun.
"Kita perlu mengubah cara pemikiran. Apabila kamu ke UK atau negara lain, mereka hanya menyewa sehingga mereka mempunyai wang untuk membuat komitmen jangka panjang," katanya.
Sebagai alternatif, beliau berkata lebih banyak rumah mampu milik juga perlu dibina untuk tujuan sewaan.
Beliau berkata demikian pada sesi dialog pelan transformasi nasional (TN50) dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.- Malaysia Kini.
BACA TOP 3 INI JUGA:
- Siti Kassim Jahil Agama, Menjurus Ke Arah Murtad – Mufti P.Pinang
- 'Saya tak gila nak bina rumah 30 tingkat di Padang Rengas' - Nazri
- Wakil rakyat BN berang air kosong dikenakan 70 sen
Post a Comment