Seniman Negara Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Seniman Negara Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Seniman Negara Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Seniman Negara Jins Shamsuddin Meninggal Dunia
Seniman Negara Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Baru sahaja dunia hiburan dikejutkan dengan kehilangan pengacara Ary Malik, kali ini Seniman Negara iaitu Tan Sri Dr Jins Shamsuddin pula meninggal dunia.

ARTIKEL MENARIK:
1. Zizan Razak Hilang Sabar, Bertumbuk Dengan DJ Radio Ketika Hadir Untuk Temuramah Radio Pagi Tadi

2. Rakyat Terbeban Dengan Harga Minyak Pemimpin Pula Hidup Mewah Sindir Ahmad Idham.

3. KEMERIAHAN TIADA TANDINGAN!! Jom tengok 18 foto Eksklusif Sekitar Sambutan Birthday Zain Saidin Yang Ke 33!!

4. TERKINI!! Ary Malik Meninggal Dunia

5. PERGHHHH TERLAJAK MEWAH!! Jom tengok 38 FOTO HD EKSKLUSIF PERSANDINGAN MEWAH SHUIB SEPAHTU & SITI SARAH!!


loading...

Anaknya Putera Hang Jebat berkata, pada mulanya Allahyarham mengadu sesak nafas ketika sedang menikmati makanan di rumah mereka di Hulu Klang dekat sini.

Katanya, ayahnya itu kemudian dibawa ke klinik berdekatan iaitu Klinik Idzham di Taman Melawati oleh ibunya iaitu Puan Sri Halijah Abdullah dengan bantuan jiran untuk mendapatkan rawatan.

Tambahnya, apabila tiba di klinik berkenaan, keadaan Allahyarham menjadi lemah sehinggalah beliau menghembuskan nafas terkahir.

Jins Shamsuddin pernah dipanggil James Bond Asia atas kejayaannya dalam filem Gerak Kilat terbitan produksi dari Hong Kong suatu masa dahulu.

Jins Shamsuddin pernah dipanggil James Bond Asia atas kejayaannya dalam filem Gerak Kilat terbitan produksi dari Hong Kong suatu masa dahulu.

Ujar Jebat lagi, jenazah akan dibawa pulang ke rumah mereka malam ini (Rabu) untuk urusan seterusnya.

Kesihatan Jins, 82, semakin merosot sejak beberapa tahun lalu akibat penyakit Alzheimer yang dihidapinya.

Jins atau nama sebenarnya Mohamed Jins Shamsuddin dilahirkan di Taiping, Perak pada 5 November 1935 dan mula berlakon selepas berjaya dalam uji bakat yang dilakukan oleh P. Ramlee.

Beliau memegang watak utama dalam filem Pancha Delima pada tahun 1957 dan menjadi ejen perisik dengan watak Jefri Zain dalam Gerak Kilat.

Filem lakonan dan arahannya iaitu Bukit Kepong antara karya yang turut mengangkat nama Allahyarham terutamanya dalam penghasilan filem berunsur sejarah.

Filem-filem yang menggunakan judul 'Esok' juga antara kelainan dalam pengarahan Jins iaitu Esok Untuk Siapa, Esok Masih Ada dan Tiada Esok Bagimu.

Dalam bidang politik, Allahyarham pernah diangkat sebagai Senator dan seterusnya menerima ijazah kehormat Sarjana Persuratan dari Univesiti Sains Malaysia pada tahun 1999 serta ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari universiti yang sama pada 2010.

Pada tahun 2009, Allahyarham diberi pengiktirafan oleh kerajaan dengan menganugerahkan kepadanya Anugerah Seniman Negara.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post