Selagi Ada Peluang Bertaubat, Taubatlah Sebelum Terlambat. Ikuti Tips ini Untuk Bertaubat. Kalau zina, Taubat Nasuha

Sebagai insan biasa, pasti kita tidak terlepas dari membuat dosa. Tidak kiralah sama ada dosa kecil atau dosa besar.

ARTIKEL MENARIK:
1. Poligami Patut Dihapus Dan Diharamkan Walaupun Dibenarkan Dalam Al-Quran.. - Asiah Abd Jalil

2. Allahhu ! Rupanya Ini Punca Sebenar Kapal Terbang Dilarang Melintas Di Atas Kaabah ! MOHON SHARE !

3. Ulama sufi berketurunan Nabi Muhammad meninggal dunia

loading...

Jika sudah menyesali setiap dosa dilakukan, terutama dosa besar dan mahu kesalahan dilakukan diampuni Tuhan.

Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang itu bagi menghapuskan dosa besar tersebut termasuk juga dengan dosa kecil? Apakah hanya memohon keampunan dan Allah akan terus mengampuni apa jua khilaf yang dilakukan?

Orang yang pernah melakukan dosa besar hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha. Ada cara tertentu yang boleh dilakukan untuk dosa yang dilakukan diampunkan Tuhan. Antara cara atau syarat bagi mereka yang benar-benar bertaubat kepada Allah ialah:

1. Bertaubat hanya kerana Allah SWT, bukan kerana manusia.

2. Betul-betul menyesali dan benci akan perbuatan dosa yang pernah dilakukan.

3. Berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa.

4. Sekiranya melakukan kesalahan terhadap manusia, hendaklah memohon maaf kepada orang tersebut.

5. Dirikan solat sunat taubat untuk menyempurnakan lagi taubat kepada Allah.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan DIA Maha Pengampun. Pintu taubat sentiasa terbuka luas kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat. Sekiranya orang kafir tertarik dan kembali kepada Islam, maka segala dosa yang pernah dilakukannya diampunkan sama sekali.

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (al-Baqarah: 222)

Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari arah barat, nescaya Allah akan menerima taubatnya.” (Riwayat Muslim)

Manakala dosa kecil pula boleh diampunkan dengan memperbanyak istighfar, menyempurnakan wuduk untuk mendirikan solat, berjalan menuju ke masjid untuk solat dan amalan-amalan yang lain.

Sumber: Hijabista
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post