Pelakon yang juga pengarah filem, Ahmad Idham tampil mempersoalkan kenapa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengeluarkan minyak, rakyat terbeban dengan kenaikan minyak namun dalam masa yang sama pemimpin masih mampu menjalani kehidupan yang mewah.
Perkara itu disuarakan oleh pengarah tersebut menerusi akaun twitternya. Status tersebut telah diretweet sebanyak 4,492 kali setakat artikel ini ditulis.
ARTIKEL MENARIK:
1. KEMERIAHAN TIADA TANDINGAN!! Jom tengok 18 foto Eksklusif Sekitar Sambutan Birthday Zain Saidin Yang Ke 33!!
2. TERKINI!! Ary Malik Meninggal Dunia
3. PERGHHHH TERLAJAK MEWAH!! Jom tengok 38 FOTO HD EKSKLUSIF PERSANDINGAN MEWAH SHUIB SEPAHTU & SITI SARAH!!
4. Akhirnya Terlerai Jua!!!! Jom lihat 35 foto HD Eksklusif sekitar Majlis Pernikahan Jep Sepahtu & Sari Yanti yang Terlajak Romantis!!
5. Jep Sepahtu Dan Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri, Majlis Diadakan Secara Tertutup
loading...
Sebelum ini, beberapa hari yang lepas Ahmad Idham telah diserang oleh sekumpulan penyokong Najib Razak berikutan kritikannya terhadap BRIM.
Dalam ulasannya tentang BRIM, Ahmad Idham mempersoalkan kewajaran kerajaan memotong kuota pinjaman pelajar namun masih mampu meneruskan pemberian BRIM.
"Sudahla belia nak belajar kena pinjaman, kuota pinjaman pula dipotong. Tapi angka KDNK kata ekonomi sihat. Macam tak realistik je. Kesian belia", kata Ahmad Idham yang dipetik dari status Twitternya.
"Sedih saya tengok wajah belia-belia ini yang nak sambung belajar tapi tiada kuota pinjaman untuk mereka. Seolah-olah hancur harapan mereka untuk belajar", katanya lagi.
BRIM ialah bantuan one-off kepada kumpulan keluarga yang bergaji bawah 4,000 sebulan dan kumpulan bujang yang bergaji bawah rm2,000 sebulan dan berusia 30 tahun ke bawah.
Ramai pihak mempersoalkan kewajaran kerajaan memberikan BRIM kepada kumpulan bujang dan berpendapat BRIM bujang harus dihapuskan sebaliknya digantikan dengan satu program bantuan yang lebih memanfaatkan peranan belia dalam institusi kemasyarakatan berbanding meraih undi populis dengan menggunakan BRIM Bujang.
Sumber: otai-bersih
Post a Comment