TAHUKAH anda, pengambilan sebiji burger bersaiz besar dan kentang goreng memberi kesan buruk kepada fungsi hati.
Kerap Makan Burger Boleh Merosakkan Fungsi Hati! |
Perkara tersebut berlaku disebabkan oleh kesukaran hati untuk memproses dan mencerna makanan yang diambil sehingga ia akhirnya menjejaskan fungsi organ tersebut.
ARTIKEL MENARIK:
1. Harga Siling Bahan Api Diumum Setiap Minggu, Kata Menteri
2. BR1M 2017 : Pembayaran BR1M Kelompok 2 Fasa 1 Mula Dibuat Dan Selesai Sebelum 28 Mac 2017
3. Harga Gula Senyap-Senyap Naik 11 sen Sekilogram
4. TERKINI!! Harga RON 95 & RON 97 Kekal, Diesel Naik 5 Sen Untuk Mac 2017
5. Harga Beras Naik Mulai Mac 2017
loading...
Menurut seorang profesor dari German Centre for Diabetes Research di Jerman, Michael Roden, kewujudan lemak degil di dalam makanan tersebut menyebabkan ia mengalami kesukaran untuk dicerna.
Selain kewujudan lemak degil, kesukaran hati untuk mencerna makanan tersebut juga disebabkan oleh penambahan lemak sampingan seperti penggunaan minyak yang berlebihan ketika proses memasak.
“Penyakit hati selalunya berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan segera yang mengandungi lemak berlebihan.
“Bukan penyakit hati sahaja, pengambilan makanan segera juga boleh menyebabkan individu mengalami obesiti disebabkan oleh kegagalan insulin di dalam tubuh,” jelasnya.
Menurut Roden lagi, pengambilan makanan tersebut bagaimanapun boleh diambil tetapi di dalam kuantiti yang kecil selain diambil dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang bertindak sebagai serat untuk menyerap lemak tersebut.
Sumber: Kosmo
Post a Comment