SHAH ALAM, 7 Mac - Umat Islam di negara ini diseru agar mengadakan solat hajat susulan keadaan tegang antara Korea Utara dan Malaysia.
Keadaan Tegang Antara Korea Utara & Malaysia: Umat Islam Diseru Adakan Solat Hajat |
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata perkara itu perlu bagi mendoakan kesejahteraan 11 rakyat Malaysia yang kini terperangkap dan tidak dibenarkan keluar dari negara terbabit.
ARTIKEL MENARIK:
1. Tak lulus BR1M Kerana SSM , Pihak Berwajib Tampil Beri Penjelasan Sebenar Dan Ini Caranya Jika Mahu Dapatkan BR1M Semula
2. Setelah Viral “SSM” Punca Permohonan BR1M Gagal, Tiba-Tiba Hari Ini Perkataan SSM DIBUANG
3. TERKINI !! BR1M 2017 Tidak Lulus, Sila Buat Rayuan Segera
4. Ada Lesen Perniagaan SSM Tidak Layak Menerima BR1M...?
5. Sebelum Tinggalkan Malaysia Ini Kata-kata Terakhir Duta korea Utara Kepada Kerajaan
loading...
"Dalam keadaan ini, Abim menyeru seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti untuk warganegara kita yang masih berada di Korea Utara.
"Marilah kita sama berdoa bagi keselamatan mereka dan melakukan solat hajat sebagai ikhtiar bersama," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Dalam masa yang sama, Mohamad Raimi juga menggesa kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan polemik terkini yang dicetuskan oleh Pyongyang.
"Adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia agar kerajaan dapat memanfaatkan setiap kemampuan serta saluran diplomatik untuk menyelesaikan ketegangan diplomatik terkini yang dicetuskan Korea Utara, tanpa mengkompromikan kedaulatan serta keselamatan negara," katanya.
Sumber: Siakap Keli
Post a Comment