Kes remaja perempuan memandu Gen 2 melawan arus telah dirungkai satu persatu dan apa yang mengejutkan, remaja perempuan yang berusia 19 tahun itu dikatakan mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) dikategorikan ketidakupayaan dalam masalah pembelajaran.
Isu Gen 2 Lawan Arus : Siasat JPJ & Sekolah Memandu Jika Benar Perempuan Itu OKU |
Jika benar perempuan tersebut mempuyai kad OKU yang disahkan asli oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis, mengapa pada mula siasatan tidak didedahkan yang perempuan ini adalah OKU?
ARTIKEL MENARIK:
1. Dendam Isteri Dahaga Seks Selama 10 Tahun, Lihat Apa Yg Berlaku Pada Suaminya Lepas Dia 'BAGI'.. Sampai Terlantar Tu..
2. UPDATE ! Ini Penjelasan PDRM Kenapa Gadis Ini Tak Boleh Didakwa Kerana MEMBUNUH ! Ramai TERKEJUT !
3. 9 FOTO: Inilah Kg Cinta Di Jawa Barat, Gadisnya Cantik² & Kos Nikah Pun Murah Je, Kalau Bosan....
4. Penjelasan Pihak Polis Kenapa Remaja Ini Tidak Boleh DI Dakwa Kerana Membunuh
5. "Saya Akan Saman, Anak Kami Dibunuh! Gadis Itu Perlu Bertanggungjawab" - Bapa Mangsa
loading...
Kenapa sehingga keluar kenyataan keluarga si mati yang dilanggar akan menyaman perempuan itu barulah keluar isu perempuan melawan arus ini adalah OKU?
Tidak mungkin polis tidak perasan kategori lesen memandu milik remaja itu sama ada tertera kategori A (untuk kenderaan orang cacat) ataupun tidak. Adakah lesen perempuan cina itu seperti lesen orang biasa? Jika ya, perempuan tersebut mempunyai lesen terbang? Mungkin?
(Contoh Lesen Memandu Orang Kurang Upaya (OKU)
Okay, mari berfikiran postif, anggap sahaja Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlepas pandang. Ataupun sekolah memandu tidak mendedahkan atau tidak mengisi latar belakang (profil peribadi) semasa ujian memandu? Ataupun perempuan yang dikenali dengan nama modelnya, Cindy Ng ini sengaja merahsiakan yang dirinya seorang OKU?
Diharap pihak berkuasa siasat dengan sekolah memandu dan JPJ, bagaimana perempuan itu mendapatkan lesen. Sama ada dengan kaedah yang telus ataupun kaedah ‘membeli’ lesen terbang?
Jika benar dia seorang OKU, ya boleh diterima. Tetapi bukanlah menggunakan ‘tiket’ OKU untuk melawan undang-undang jalanraya sehingga mendatangkan kematian dan harus diingat, wanita cina itu juga di bawah pengaruh dadah dan alkohol, yang nyata dia masih berkhayal semasa disoalsiasat!
– Takut Kad OKU edit dan lesen memandu edit jer… Sekarang guna handphone pun boleh edit mengedit ni..
Kredit -TehPanas
Post a Comment