Impian Nak Sambut Ulangtahun Perkahwinan, Tinggal Kenangan - Nora

Impian Nak Sambut Ulangtahun Perkahwinan, Tinggal Kenangan - Nora

Penyanyi Nora Ariffin akui reda dengan pemergian suami tercinta, komposer Johan Nawawi awal pagi tadi (Jumaat).

Impian Nak Sambut Ulangtahun Perkahwinan, Tinggal Kenangan - Nora
Impian Nak Sambut Ulangtahun Perkahwinan, Tinggal Kenangan - Nora

Nora berkata, dia tidak ralat suami pergi meninggalkannya kerana sempat bersalam, meminta maaf dan mencium tangan Allahyarham buat kali terakhir.

ARTIKEL MENARIK: TERKINI !! Suami Nora, Johan Nawawi Meninggal Dunia

loading...

"Malam tadi, sebelum pulang ke rumah kami sempat berbual seperti biasa dan saya minta izin daripada arwah untuk pulang kerana pihak hospital tidak membenarkan saya untuk menemani suami.

"Dia benarkan saya pulang dan hati tidak sedap sepanjang malam sehinggalah saya menerima panggilan telefon daripada hospital," katanya sebak.

Tambah Nora, dia dan arwah suami telah merancang untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-25 pada 9 April ini.

"Macam-macam yang kami rancang, dia kata nak pakai tuksedo dan saya akan memakai baju pengantin untuk mengenang kembali memori ketika majlis perkahwinan kami dahulu.

"Majlis itu diadakan serentak dengan showcase saya sepatutnya.

"Tetapi itulah, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Saya reda dia pergi di hari yang baik, pada waktu yang baik.

"Saya akan selalu merindui dia. Mati hidup balik pun saya tak akan jumpa lelaki seperti Johan," katanya gagal menahan sebak.



Dalam pada itu, Nora berkata, dia akan terus kuat untuk anak-anaknya dan meneruskan perniagaan yang dijalankan suami.

"Saya akan meneruskan perniagaan kami, lebih-lebih lagi 'Ummi' kerana dia mahu lihat produk tersebut berjaya," katanya.

Johan dibawa ke Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby pada pukul 10 malam tadi sebelum dimasukkan ke wad kecemasan pada 11.30 malam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.30 pagi tadi dan jenazah di bawa ke Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat hari ini.

BACA TOP 3 INI JUGA:
Setelah Berita Tentang Joy Revfa Bakal Nikahi Selebriti Hafiz Hamidun Tersebar, Ini Respon Balas Dari Dato Ray Imran Yang Mengejut Banyak Pihak...

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post