HARGA siling minyak akan diumumkan setiap minggu bermula pada bulan April depan kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin.
Harga Siling Bahan Api Diumum Setiap Minggu, Kata Menteri |
Katanya, penetapan harga siling minyak akan diumumkan pada hari Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding sekarang di mana harganya diumumkan sekali dalam sebulan. Dakwanya lagi ini membolehkan pengguna untuk mengetahui harga terkini bagi mengelakkan kekeliruan.
ARTIKEL MENARIK:
1. BR1M 2017 : Pembayaran BR1M Kelompok 2 Fasa 1 Mula Dibuat Dan Selesai Sebelum 28 Mac 2017
2. Harga Gula Senyap-Senyap Naik 11 sen Sekilogram
3. TERKINI!! Harga RON 95 & RON 97 Kekal, Diesel Naik 5 Sen Untuk Mac 2017
4. Harga Beras Naik Mulai Mac 2017
5. BR1M 2017 : Status Permohonan BR1M Kelompok 2 Dijangka Sudah Selesai
loading...
"Secara realiti, apa yang dilakukan oleh saya dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani ialah untuk memastikan orang ramai tahu apa yang telah ditetapkan oleh persatuan peniaga petroliam malaysia," katanya.
"Terpulang kepada peniaga stesen minyak untuk bekerjasama dengan persatuan dan memastikan tidak ada yang tertinggal dengan konsep yang mahu kita laksanakan," tambahnya lagi
Hamzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Larut dilapor berkata demikian kepada wartawan pada hari Sabtu selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG Sekolah Kebangsaan Bagan Baru.
Menjelaskan lebih lanjut, Hamzah berkata, satu notis pemberitahuan tentang harga siling minyak akan diletakkan di semua stesen-stesen minyak seluruh negara bagi membolehkan para pengguna mengetahui kadar naik turun harga minyak.
Ditanya mengenai permintaan Persatuan Pengusaha Minyak Perak kepada kerajaan agar tidak mengenakan mekanisma harga siling, menurut Hamzah kementeriannya telah mengadakan perbincangan tentang perkara itu pada hari Jumaat.
"Mereka minta sedikit tambahan dari aspek margin (keuntungan) yang telah diberikan kepada mereka.
"Pihak kerajaan akan mempertimbangkan permintaan mereka di dalam membuat keputusan sama ada bersetuju atau pun tidak," tambahnya lagi.
Post a Comment