Allahyarham Dr. Mohd Fadzli bin Md Dazali (1983-2017) merupakan seorang doktor di HSA merupakan seorang insan yang sangat rendah diri dan disenangi ramai dari berbagai kaum.
Foto-foto Perjalanan Terakhir Insan Dikasihi Dr. Fadzli, Buat Tatapan Insan-insan Yang Mengenalinya |
Arwah Dr Fadzli dijemput ajal apabila dia MAUT LEMAS ketika bergambar semasa bercuti di Bali baru-baru ini.
loading...
Mengikut kakak nya arwah bukan lah seorang yang suka berlaman sosial, facebook nya yang ada pun tidak dikemas kini hanya beberapa keping gambar lama nya sahaja.
Arwah banyak menumpukan hidupnya kepada kerjaya nya sebagai seorang doktor dan arwah amat disenangi oleh semua golongan masyarakat sepanjang hayat hidupnya.
Ini foto-foto perjalanan terakhir arwah yang dikongsi kan oleh seorang sahabat baik nya di laman sosial, foto-foto ini ihsan Amirul Nazri buat semua insan yang mengenali arwah yang tidak sempat memberi penghormatan terakhir buat arwah.
Untuk para sahabat handai yang terkilan kerana tidak sempat menyambut arwah dan hadir ke majlis pengebumian atas sebab-sebab peribadi, di bawah saya kongsikan beberapa keping foto terakhir utk tujuan melepaskan rindu dan mengenangkan memori indah bersama beliau. Tiada niat lain untuk berkongsi gambar ini sekadar peluang untuk kita mengucapkan selamat tinggal dan melenyapkan rasa kesal kerana tidak mampu hadir.
Dr Hooi Ketua Jabatan Perubatan Hosp Sultanah Aminah bersama pakar lain Dr Xavier dan Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Aminah menunggu jenazah selama beberapa jam sampai ke tengah malam dengan penuh sabar di KLIA kargo, bersama ramai kawan-kawan seperjuangan arwah yang berbilang bangsa. Tidak sedikit pun terlihat riak penat di wajah masing-masing, malah cerita-cerita mengenai kebaikan arwah saling bertukar ganti di bibir mereka.
Kami berjumpa lagi di tapak perkuburan Islam Sg Petai Melaka, turut hadir adalah Ketua Jabatan Perubatan Dada Hospital Sultanah Aminah dan Pakar Endokrin. Mereka bertolak dari Johor awal pagi lagi. Masing-masing mahu mengucapkan salam terakhir buat arwah.
Air mata yang kering sejak semalam tumpah lagi saat imam membacakan talkin. Wajah ibu dan bapa arwah yg hiba menambah lagi sayu rasa hati. Tiada ibu bapa yang patut mengebumikan anak mereka. No parents deserve to bury their children. Kawan-kawan yang berlainan agama memberikan penghormatan mengikut cara masing-masing, dengan tangisan yang mengiringi bacaan imam.
Begitulah kehilangan seorang mutiara dari hospital yang benar-benar dirasai. Hadirnya sahabat handai dan ketua-ketua beliau menandakan arwah adalah seorang individu yang sangat disayangi dan sangat dekat dihati kita. Terdetak rasa dihati apakah pemergian kita akan disambut dan ditangisi begitu ramai manusia dan rakan sekerja malah ketua sendiri. Itulah benar-benar tanda seorang manusia yang sangat banyak jasa pada jabatan, keluarga dan masyarakat.
Kami sangat berpuas hati dapat menitip kamu pergi dan dapat memberi penghormatan terakhir buatmu Fadzli. Andai kamu mampu melihat betapa ramai manusia menghantarmu ke pangkuan Tuhan, nescaya kamu bangga dengan betapa ramainya manusia yang menyayangi kamu. I guess this is really goodbye.
Airmata bergenang lagi dan semoga tenanglah kamu di sana bersama roh para syuhada dan solihin.
Al-Fatihah. - Amirul Nazri
Semoga roh nya dicucuri rahmat bersama insan-insan yang diredahi yang maha esa, tenang lah kamu di sana Allahyarham Dr. Mohd Fadzli bin Md Dazali (1983-2017).
BACA TOP 3 INI JUGA:
- Fakta Disebalik Pernikahan Viral Remaja Dengan Janda 67 Tahun
- Kalau Tuhan Mencipta Manusia, Mesti Ada Yang Cipta Tuhan!!! Saya Merayu...Tolonglah, Kaum Cina, Kaum India...Tolonglah Hasilkan Lebih Ramai Anak
- Komen Si Jelita Ini Paling WIN....Tanda Simpati Pada Si Mati Dan Marah Pada Gadis OKU Ini
Sumber
Post a Comment