Ibu Meroyan Kelar Anak Berdepan Hukuman Gantung

Ibu Meroyan Kelar Anak Berdepan Hukuman Gantung

Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh anak perempuannya yang berusia dua bulan 19 hari di sebuah rumah di Kuarters Jurutera, Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, di sini, pada 4 Februari lepas.

Ibu Meroyan Kelar Anak Berdepan Hukuman Gantung
Ibu Meroyan Kelar Anak Berdepan Hukuman Gantung

Fadillah Mohd Zain, 32, dituduh membunuh Nur Areesa Sofea Jiry antara pukul 1 tengah hari dan 2 petang di rumah yang didiaminya itu.

ARTIKEL MENARIK:
1. Media Korea Selatan Lapor 2 Agen Perisik Yang Membunuh Jong-Nam Ditemui MATI !!!

2. Sayu!! Akibat Sikap Suami Yang Pentingkan Burung Dari Isteri Dan Anaknya... Mereka Ambik Keputusan Untuk Bunuh Diri

3. MISTERI TERLERAI!! Kasiren & Khaety Akhirnya Ditahan Polis Dan Mengaku..

4. Dia pun pernah bercinta dengan suami orang dan…”Kasiren”

5. Tak cukup duit sewa hotel dalam kereta pun jadi


loading...

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Majistret Mohd Azrul Hasyimi Muhamad menetapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan manakala tertuduh diwakili peguam Shamsul Baharin Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita dipercayai mengelar leher bayi perempuannya hingga mati dalam satu kejadian di kuarters berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail dilaporkan berkata siasatan awal mendapati suspek, isteri kepada seorang anggota tentera berpangkat korporal, berkemungkinan mengalami gangguan emosi.

Kredit - eBerita

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post