Bertahun-tahun Kita Kena Tipu Dengan Produk Detox Foot Patch Ini

Bertahun-tahun Kita Kena Tipu Dengan Produk Detox Foot Patch Ini

Semua mesti pernah dengar tentang detox pad. Ia merupakan pad yang diletakkan pada tapak kaki untuk membuang toxin dalam badan. Produk ini terkenal sewaktu masa dahulu dan mungkin akan berterusan penggunaannya jika kita tidak sedarkan masyarakat.

Bertahun-tahun Kita Kena Tipu Dengan Produk Detox Foot Patch Ini
Bertahun-tahun Kita Kena Tipu Dengan Produk Detox Foot Patch Ini

Cara penggunaan pad tersebut adalah mudah iaitu melekatkan pad itu di kaki ketika tidur pada waktu malam. Dikatakan ketika mana pad itu melekat di kaki, ia akan menyerap segala toxin daripada badan.

ARTIKEL MENARIK:
1.  Bayaran BR1M Akan Dinaikkan Jika Harga Minyak Naik

2. Keadaan Segitiga Bermuda setelah lautan kering lihat apa yang ada di dalamnya amat megejutkan

3. Waspadalah!!! Inilah Akibat Sering Memakai KRIM PEMUTIH Wajah! Berikut Adalah Nama-Nama Krim Yang Tidak Boleh Di Pakai!

4. Inilah Rahsia Teknik Untuk Menegangkan Kembali dan Membesarkan Payudara Yang Telah Kendur Secara Semulajadi Dan Tanpa Produk Kecantikan

5. Mohon SEBARKAN Biar Semua Tahu. Cara Mudah Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi Dalam Masa 5 Minit Tanpa Ubat


loading...

Logam berat seperti mercury dan juga plumbum juga dikatakan dapat diserap oleh pad ini daripada badan. Hebat bukan!

Dikatakan detox pad boleh mengeluarkan logam berat daripada badan. Disini saya ingin memberi beberapa penerangan berkenaan detox pad:

bertahun-tahun-kita-kena-tipu-dengan-produk-detox-foot-patch-ini2

1. Bagaimana detox pad boleh jadi hitam dan basah apabila dipakai semalam?

Ingin saya beritahu, bahan yang selalu diletakkan di dalam detox pad adalah ‘bamboo vinegar‘ dan ‘wood vinegar‘ yang tinggi dgn kandungan kompaun phenol.

Ketika mana penghasilan arang daripada kayu dan buloh, proses itu juga menghasilkan bahan lain yang dipanggil sebagai ‘bamboo and wood vinegar’. Di dalam bahan ini ia mengandungi kompaun phenol yang banyak hasil drpd penguraian lignin. Lignin pula merupakan salah satu komponen dalam dinding sel tumbuhan.

Perlu diketahui bahawa kompaun phenol merupakan kompaun yang suka menyerap air(Hygroscopic). Jika kita letak kompoun phenol yg kering di dalam udara biasa untuk beberapa ketika, maka kompoun itu akan jadi melekit kerana ia menyerap air drpd udara.

Sama seperti gula. Jika kita letak ia diluar bekas, gula itu akan jadi melekit disebabkan ia menyerap air daripada udara sekeliling. Sifat bahan yang suka menarik air ini dipanggil sebagau hygroscopic.
Selain daripada itu, dalam pad itu juga ada diletakkan daun teh ataupun bahan2 yang akan mengeluarkan warna hitam apabila basah. Gabungan bahan ini, akan menyebabkan detox pad senang untuk menyedut kelembapan dalam udara dan membuatkan ia bertukar kpd warna gelap. Bukan disebabkan toksin yang diserap daripada badan

2. Eksperimen dalam dan luar negara

Banyak pembuktian dan eksperimen yang telah dilakukan di dalam dan luar negara menunjukkan detox pad masih akan berubah kepada warna kehitaman apabila diletakkan pada air. Walaupun air yang digunakan itu merupakan air suling.

Salah satu caranya adalah meletakkan pad tersebut dibawah wap air yang sedang panas. Wap tersebut akan menukarkan warna pad itu kehitaman.

Jadi persoalannya disini, adakah air itu sendiri merupakan toksin??

Disini kami ingin menegaskan lagi sekali bahawa, perkara itu terjadi disebabkan adanya bahan yang menyerap air di dalam produk tersebut berserta bahan-bahan lain yang mempunyai warna yang gelap.

Apabila detox pad menyerap air, bahan tersebut akan menjadi melekit serta berair yang menyebabkan bahan gelap tadi mengeluarkan warnanya.

3. Tiada kajian secara klinikal yang menunjukkan Detox Pad membantu menyihatkan badan

Review berkenaan detox pad telah pun dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan menunjukkan tiada bukti yang detox pad boleh membantu di dalam kesihatan badan manusia.
Boleh rujuk  link ini untuk rujukan kepada perkara tersebut.

Banyak kebaikkan yang berlegar di dalam internet merupakan testimoni yang berat sebelah sahaja. Tiada lagi kajian yang benar-benar ampuh untuk menunjukkan kelebihan detox pad

4. Penjualan Detox Foot Pad telah pun dipulaukan di Amerika

Pada November 2010, ‘Federal Trade Commision'(FTC) telah pun membawa kes ini ke Mahkamah dan Hakim memutuskan untuk memulaukan semua produk Detox Foot Pad brand Kinoki yang dihasilkan oleh syarikat Xacta 3000. Mengikut bukti yang ada, Detox pad tersebut tidak dapat dibuktikan mampu merawat penyakit, mengeluarkan toksin mahupun memperbaiki kesihatan manusia

Menurut FTC ketika memberi keterangan, pihak defendan telah memberi maklumat palsu dimana mereka mengatakan produk mereka mampu mengeluarkan toksin berserta logam berat daripada badan. Malah dikatakan produk mereka mampu memberi kesihatan kepada si pemakainya.

Disebabkan itu, Hakim menyuruh syarikat Xacta membayar sebanyak 14.5 juta dollar di atas penipuan yang dijalankan ke atas produk mereka

Boleh rujuk pautan ini untuk berita tersebut



Federal Trade Commision merupakan salah satu pertubuhan yang berfungsi untuk melindungi pengguna daripada penipuan.

Federal Trade Commision merupakan salah satu pertubuhan yang berfungsi untuk melindungi pengguna daripada penipuan.

5. Penjual detox pad kata ia boleh mengubati penyakit, tetapi tidak berdaftar dengan KKM

Satu pekeliling telah pun keluar pada tahun 2010 yang mewajibkan semua peniaga yang menghasilkan detox pad dan mengatakan produk mereka mempunyai kesan yang baik daripada sudut kesihatan mahupun mampu menyembuhkan penyakit perlulah didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tetapi tiada seorang pun yang mendaftarkan produk mereka. Malah masih ada lagi yang berlegar menjual produk detox pad mereka

Surat Pekeliling yang mengatakan produk detox pad perlu berdaftar dibawah Kementerian Kesihatan

Kesimpulan

1. Detox pad tidak terbukti baik untuk kesihatan

2. Mereka hanya menggunakan sifat bahan phenol sahaja di dalam ‘bamboo vinegar’ yang sangat suka menarik air

3. Hitam pada detox pad tersebut bukan toksin. Ia hanya kelembapan yang diserap oleh kompoun phenol

Kami berharap maklumat ini cukup bagi anda untuk menolak produk Detox pad yang menipu di dalam pasaran Harap perkongsian ini bermanfaat.

Sumber : Root of Science

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post