Anak penyanyi Wanita Maut Tersedak susu

Anak penyanyi Wanita Maut Tersedak susu

Seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu, di rumahnya di Kampung Tendong, Pasir Mas, dekat sini, hari ini.

Anak penyanyi Wanita Maut Tersedak susu
Anak penyanyi Wanita Maut Tersedak susu

Muhammad Adam Rayyan Shahrul Nizam, yang juga anak kepada penyanyi wanita Dikir Barat Kelantan, Syahima Idayu Akma Mohd Alwi, 22, atau dikenali sebagai Rosalinda, ditemui tidak sedarkan diri dan wajahnya kebiruan selepas beberapa minit diberikan susu, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

ARTIKEL MENARIK:
1. Video 3 beranak maut digilis lori pasir

2. KINI VIRAL : Jumpa Mayat Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Berbalut Kain Batik Dalam Tong Sampah

3. ALLAHHUAKBAR ! UPDATE ! Akhirnya Polis Dedah Kisah Sebenar Gadis Ditelan Ular Sawa Di Kulim Hingga Buat Ramai ...

4. SAYU.... Rupanya Ini Punca Sebenar Mayat Ujang Samudera Ditemui Dalam Keadaan Menyayat Hati... Kesiannya Ya Allah...

5. ALLAH ! Banting Digegarkan Dengan Kejadian NGERI Van Putih ! Mohon Berhati-Hati Semua !

loading...

Adik Rosalinda, Syaiful Asyraf Mohd Alwi, 22, berkata dia menerima panggilan dari kakaknya pada jam 12.30 tengah hari tadi yang ketika itu berada di Klinik Kesihatan Tendong.

“Bagaimanapun beliau tidak dapat bercakap banyak kerana terlalu sebak dan suaminya, Shahrul Nizam Nasir, 27, kemudian memberitahu saya mengenai perkara buruk itu.



“Saya dan ibu segera ke klinik dan mereka mengesahkan bayi itu meninggal dunia akibat tersedak susu dan mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat,” ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Sungai Pinang di sini, sebentar tadi.

Syaiful Asyraf berkata kakak yang juga ibu kepada dua anak, memberitahu sebelum kejadian, dia baharu selesai memberi susu kepada anaknya dan meninggalkannya sebentar untuk ke dapur.

Katanya, bayi malang itu tidur selepas diberikan susu dan sebaik kakaknya kembali ke bilik, beliau mendapati wajah bayi itu kebiruan dan tiada tindak balas apabila dikejut.

Kredit -  Eberita.org.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post