JELI : Ibu Mohamad Aliff Nadehar, Rosnah Cik Ismail, 50, berkata, anaknya itu yang berkerja di Melaka baru pulang bercuti di kampung dan pernah memberitahu mahu menetap selama-lamanya di Kota Bharu sahaja.
Ajal 3 sahabat maut tersepit..Hasrat Aliff menetap dikampung semasa bercuti rupanya untuk selamanya (6 Gambar) |
“Tidak sangka maksud arwah itu benar-benar berlaku kerana jenazahnya akan dikebumikan di Kota Bharu,” katanya yang mengakui terkilan namun reda dengan kejadian menimpa Mohamad Aliff Nadehar serta dua rakannya itu.
ARTIKEL MENARIK:
1. Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari
2. Bodyguard Dipukul Samseng Jalanan Di Kepala, Terima 9 Jahitan
3. Jumpa mayat bayi merengkuk dalam tandas
4. Sayu : 14 jam sebelum maut kemalangan .. Jururawat sempat habiskan masa melayan anak-anak (12Gambar)
5. Mayat wanita mengandung & tiga budak ditemui terapung
loading...
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kok Lanas selepas proses bedah siasat selesai.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Shahril Mohamad Sa'aid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.23 pagi dan bergegas ke lokasi bersama enam anggota.
Abdul Hakam |
“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati semua mangsa dalam kereta sudah meninggal dunia. Kami mengeluarkan mayat mangsa di kerusi belakang sebelum mengeluarkan dua lagi mayat yang tersepit di depan dalam tempoh 20 minit,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi, tiga sahabat itu maut selepas Perodua Myvi dinaiki mereka yang menghala Ke Gerik, Perak dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori membawa muatan motosikal.
Mangsa yang maut ialah pemandu kenderaan itu, Abdul Hakam Nordin, 20; Tuan Mohd. Fareez Tuan Hazani, 26, dan Mohamad Aliff Nadehar Abdul Karim, 26. Ketiga-tiga mereka berasal dari Kok Lanas, Kota Bharu.
Bapa Abdul Hakam, Nordin Mohd., 56, memberitahu, tiga sahabat itu ke Gerik untuk menemani Tuan Mohd. Fareez yang mahu mengambil adik iparnya yang menetap di sana sebelum dibawa pulang ke Kota Bharu.
Menurut Nordin, dia sempat menelefon anaknya sebanyak tiga kali sebelum kejadian tragis tersebut namun panggilan tersebut tidak berjawab menyebabkan dia berasa tidak sedap hati.
“Arwah turun dari rumah kami di Kok Lanas pada pukul 3 pagi. Kira-kira pukul 4 pagi, saya menelefonnya mahu bertanya sudah sampai di mana namun tidak dijawab. Kemudian pukul 5 pagi, saya cuba lagi namun masih gagal. Pada pukul 5.30 pagi, saya menghubunginya sekali lagi namun tidak dijawab. Waktu itu saya sudah berasa tidak sedap hati,” katanya ketika ditemui di Hospital Jeli, di sini hari ini.
Kredit - Berita Sayu
Post a Comment