(10 Gambar & Video) Jamal Buat Hal Lagi, Bawa Keranda & Van Mayat Depan SUK

(10 Gambar & Video) Jamal Buat Hal Lagi, Bawa Keranda & Van Mayat Depan SUK

Shah Alam – Selepas membawa katil sebagai simbolik kegiatan rumah urut yang berleluasa di Selangor dua minggu lalu, hari ini Datuk Seri Jamal Md. Yunus bersama pengikutnya membawa sebuah keranda dan berhimpun di depan pintu masuk ke Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah yang menempatkan Pejabat Menteri Besar.

(10 Gambar & Video) Jamal Buat Hal Lagi, Bawa Keranda & Van Mayat Depan SUK
(10 Gambar & Video) Jamal Buat Hal Lagi, Bawa Keranda & Van Mayat Depan SUK

Beliau mendakwa, keranda itu sebagai simbolik kepada penyalahgunaan sejumlah peruntukan di bawah Skim Warga Usia Emas yang kononnya sebagai khairat kematian bagi membantu meringankan beban ahli keluarga yang meninggal dunia.

ARTIKEL MENARIK:
1. KINI VIRAL : Prihatin nasib orang Melayu, Ku Nan cadang P.Pinang jadi sebahagian Wilayah Persekutuan

2. Harga Bahan Api Bagi Januari 2017 – RON95, RON97 & Diesel Semua Naik Sebanyak 20 Sen

3. Hotel diroboh, Jamal dakwa Azmin berdendam

4. JAMAL MALU BESAR ! Ini Respon Siti Lepas DIHINA Jamal Airnya Tak Subur ! TERBAIK Dato Siti ! Hahahaha

5. PANAS: JAMAL KONFEM MENANGIS BILA DIPERLI SITI NURHALIZA. Berani Jugak Siti Ni. Tak Sangka Dia Berani Cakap Macam Ni Kat Jamal. ANDA RASA PATUTKA SITI KATA MACAM INI?


loading...

Katanya, beliau mendapat tahu ramai warga emas yang berdaftar di bawah skim itu, yang meninggal dunia tidak mendapat bantuan khairat kematian, sebaliknya peruntukan berkenaan disalahgunakan oleh wakil rakyat mahupun penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kepentingan diri.

“Hari ini, saya bersama wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor hendak menghantar sebuah keranda kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya juga hendak bertanya kepada beliau, mengenai peruntukan kira-kira RM200 juta yang telah diluluskan kerajaan negeri di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Ini bukan tuduhan.. ini pertanyaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di depan pintu masuk Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, hari ini.

Kira-kira 200 penyokongnya ikut serta, yang dimulai dengan Jamal memandu sebuah van jenazah yang membawa sebuah keranda, berhenti di hadapan pintu pagar utama ke bangunan SSAAS.

Jamal yang juga Pengerusi Gerakan NGO Baju Merah berkata, beliau difahamkan peruntukan kira-kira RM200 juta itu adalah untuk membantu rakyat Selangor di bawah Skim Orang Kelainan Upaya (SOKU), Inisiatif Peduli Rakyat dan Skim Warga Usia Emas.






Bagaimanapun, katanya, ada dalam kalangan mereka yang berdaftar di bawah skim berkenaan tidak menerima bantuan itu, sebaliknya dikatakan telah digunakan pihak tertentu untuk kepentingan peribadi.

“Ada warga emas yang meninggal dunia, tetapi bantuan khairat kematian tidak sampai kepada ahli keluarga untuk mengurus jenazah. Peruntukan itu dikatakan digunakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Hari ini, saya minta Mohamed Azmin menjawab semua persoalan yang saya kemukakan ini, demi kepentingan rakyat Selangor,” katanya.

Katanya, beliau juga ingin mengetahui dari manakah sumber peruntukan itu diperolehi, adakah yang diberikan kepada sesetengah pewaris itu wang halal atau sebaliknya.

Jelas beliau, bagaimanakah kaedah peruntukan itu disalurkan menerusi skim-skim berkenaan kerana di Parlimen Gombak sahaja, dikatakan sejumlah RM5 juta telah ‘hilang’ atau tidak dapat dikesan.

“Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, terdapat beberapa keraguan dalam kaedah menyalurkan bantuan di bawah Skim Warga Usia Emas yang dilakukan oleh beberapa wakil rakyat dan Penyelaras DUN seperti yang berlaku di Wangsamaju, Lembah Pantai dan Gombak,” katanya.












Kredit - Blog Berita Online

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post