Sepasang suami isteri rentung selepas treler dinaiki terbabas dan terbakar dalam kemalangan di Kilometer 8.8 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di sini, hari ini.
Video: Suami Isteri Rentung Terbakar Dalam Treler |
Molok Zainal Abidin, 51, dan isterinya, Rosana Bahtiar, 21, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terperangkap dalam kenderaan yang membawa muatan cerucuk konkrit itu.
ARTIKEL MENARIK:
1. 'Maafkan Abah Nabila .. jika mama masih ada Nabila pasti cantik pakai tudung' - Luahan Bapa Tunggal Di Hari Pertama Persekolahan (6 Gambar)
2. Video & Gambar : 25 Maut Terpanggang Termasuk Dua Kanak Kanak
3. Allahuakbar! Tragisnya... Bayi 12 Hari Mati Terpanggang Dalam Incubator
4. Permintaan Terakhir Arwah Zakeer Pemandu Bas Isteri dan Anak Bongsu Temankan Perjalanannya Berakhir Dengan Tragedi
5. 14 Maut Bas Alisan TERBABAS. Penumpang Cerita Detik Cemas Yg MENGERIKAN !!!
loading...
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Sabri Abdullah, berkata treler dipandu Molok dikatakan terbabas ke kiri bahu jalan lalu terbakar dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu.
“Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih mengambil masa kira-kira 15 minit memadamkan kebakaran.
“Pemandu treler dan isterinya ditemui rentung serta tersepit di tempat duduk,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Sabri berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan ke Kajang dari Beranang.
Katanya, mayat suami isteri itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Post a Comment