KUALA BERANG: Kerajaan tetap meneruskan siasatan terhadap pemilik akaun laman sosial Facebook dengan nama Mohd Faiz yang menghina Yang di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V, Rabu lalu.
Tidak Akan Terlepas!! Pemilik Akaun Facebook Hina Agong Tetap Disiasat , Baca Amaran Ini ! |
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata kertas siasatan berhubung kata penghinaan terhadap Sultan Muhammad V sudah dibuka sebaik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima laporan secara rasmi pada hari sama.
ARTIKEL MENARIK:
1. Nasi Kandar Anjing: Tak Tahan Dihina, Presma Tampil Dedahkan Perkara Sebenar !
2. VIDEO: Inilah Wajah Sebenar Wanita "NAVY" Yang Mencuri "MINYAK PELINCIR" Untuk Suami. Ada Sesiapa Kenal Ka? MOHON SHARE DAN VIRALKAN
3. AKHIRNYA TERBONGKAR IDENTITI SEBENAR POLIS YANG BERANI MENGHINA NAJIB. Patutlah Berani Sangat HINA Najib, Rupa-Rupanya ada udang di sebalik batu !
4. "VIDEO!!! SETANNYA PERANGAI KAU" Tergamak Kau Buat Macam Tuh.. Langsung Tak Berperikemanusiaan..
5. Korang Pernah Lihat Pemilihan Pelajar Untuk University P0rnografi? Memang Melampau Macam Dah Takde Maruah, Mari Tengok Video Bagai Mana Cara Mereka Dipilih!
Beliau berkata, walaupun lelaki itu sudah membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjurannya melalui laman sosial itu semalam (Sabtu), siasatan tetap akan dijalankan.
"Pemuda itu tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang termasuk didakwa mengikut Akta Komunikasi atau Kanun Acara Jenayah oleh Polis Diraja Malaysia," katanya selepas merasmikan pelancaran Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Chapu, Kuala Telemong di sini, hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat.
Mengulas mengenai laporan Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin meletak jawatan seperti disebarkan melalui laman sosial, Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, laporan itu tidak betul dan palsu.
Katanya, Khairi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sudah membuat penafian, tetapi SKMM diarahkan menyiasat untuk mengenal pasti pemilik akaun laman sosial itu.
"Saya sendiri sudah menghubungi Khairi dan dia menafikan dakwaan seperti disebarkan melalui laman sosial. Saya percaya laporan itu menjadi viral selepas disebarkan penyokong parti pembangkang yang iri hati dengan perpaduan dalam kalangan kepimpinan kerajaan," katanya.
Sumber: Berita Harian
Post a Comment