Ramalan Media Juara GEGAR VAGANZA 3!! Jangan Sentap!!! Siapapun Baca Pasti Sokong

Ramalan Media Juara GEGAR VAGANZA 3!! Jangan Sentap!!! Siapapun Baca Pasti Sokong

Ramalan Media Juara GEGAR VAGANZA 3!! Jangan Sentap!!! Siapapun Baca Pasti Sokong

Ramalan Media Juara GEGAR VAGANZA 3!! Jangan Sentap!!! Siapapun Baca Pasti Sokong

Ramalan Media Juara GEGAR VAGANZA 3!! Jangan Sentap!!! Siapapun Baca Pasti Sokong


Program GegarVaganza 3 (GV 3) sudah menghampiri kemuncaknya. Malam ini, enam finalis bakal berentap dan seorang bintang bakal dinobatkan sebagai juara.


ARTIKEL MENARIK:
1. Biodata Penuh Pelakon Kanak-Kanak 7 Hari Mencintaiku '' Buntat '' Yang Mengejutkan Anda

2. Mak Bapak Mengamuk Tengok Filem Upin Ipin - 'FILEM SAMPAH !'

3. [VIDEO] Ifa Raziah Dikritik Netizen Kerana Aksi Tarian “Menghairahkan” Dan Terlampau Gedik

4. PANAS!! AMIK KAU!!! Jarang-Jarang Mengeluarkan Kenyataann, Ini KRITIKAN PANAS NASSIER WAHAB Untuk GEGAR VAGANZA 3.. JANGAN SENTAP!!! Siapapun Baca PASTI SOKONG

5. PANAS TELINGA!! Setelah tuntut RM8 juta daripada ibu murid, ini pula tindakan mengejutkan Ustaz Kazim pada Wardina yang korang tak sanggup baca. Wardina Sanggup ke tunaikan benda ni?

Selepas Ayai Ilusi dan Siti Nordiana berjaya bergelar juara dua musim terdahulu serta menggegarkan kembali karier muzik mereka, tiba giliran Azharina, Intan Sarafina, Siti Sarah, Ameng Spring, Gmie Screen dan Zarul Umbrella untuk merebut tempat pertama.

Konsert minggu akhir GV 3 yang bakal berlangsung pada malam ini (Ahad, 4 Disember) dijangka akan menjadi sebuah konsert hebat.

Astro Gempak merangkumkan perjalanan enam finalis GV 3:


Ameng Spring

Kemunculan vokalis kumpulan Spring ini sememangnya dinantikan oleh ramai pihak. Selepas dibebaskan dari Penjara Kluang pada Jun lalu, Ameng kembali menunjukkan taringnya sebagai penghibur.

Namun begitu, kesilapan Ameng yang acapkali terlupa lirik lagu serta prestasi turun naik membuatkan penonton tidak menjangkakan Ameng sebagai calon yang bakal meraih gelaran juara. Jika Ameng memberikan yang terbaik pada malam ini, mungkin dia bakal membawa pulang gelaran juara.

Azharina

Selepas sekian lama sunyi dan tidak muncul menyangi di kaca televisyen, Azharina kembali menonjolkan kebolehan. Memberikan persembahan yang menarik saban minggu, sarung mikrofon Azharina juga menjadi perhatian ramai pihak.

Persembahan yang konsisten setiap minggu membuatkan nama penyanyi kelahiran Sabah ini sebagai nama kegemaran untuk mengungguli gelaran juara.

Gmie Screen

Gmie diklasifikasikan sebagai peserta underdog. Pada awalnya, kehadiran Gmie dilihat penonton sebagai pelengkap peserta namun peningkatan yang ditonjolkan Gmie sepanjang GV 3 membuktikan Gmie bukan sekadar penyanyi biasa.

Diselamatkan oleh Datuk Seri Vida menggunakan kuasa imuniti pada konsert suku akhir, Gmie harus melakukan yang terbaik pada malam kemuncak GV 3 untuk menempatkan diri sebagai juara.

Intan Sarafina

Ibu anak tiga ini kembali ke pentas nyanyian selepas rehat yang panjang. Masih mengekalkan paras jelita, Intan dipuji kerana penampilannya yang menarik. Namun begitu, Intan sering dikritik kerana persembahannya yang dianggap kaku.

Mengambil setiap kritikan sebagai sesuatu yang positif, Intan memperbaiki persembahannya setiap minggu. Turut dianggap peserta underdog, Intan dijangka akan membuat kejutan di malam kemuncak GV 3.

Siti Sarah

Sarah bermula dengan baik di pentas GV 3. Namun begitu, prestasi yang Sarah tonjolkan mempunyai turun naik. Masalah kesihatan menjadi penyebab Sarah tidak kekal di tangga teratas.

Walau bagaimanapun, kebolehan penyanyi ini tidak boleh disangkal. Sarah juga berpeluang untuk merebut gelaran juara jika dia memberikan sepenuh tenaga terhadap persembahan malam ini.

Zarul Umbrella

Kehadiran Zarul disenangi ramai pihak kerana parasnya yang kacak. Tidak hanya bersandarkan pada rupa, Zarul turut membuktikan kemampuan vokal miliknya.

Sama seperti Sarah, Zarul juga bermula dengan baik namun Zarul turut mengalami masalah kesihatan yang membuatkan prestasinya sedikit terganggu. Zarul masih mempunyai potensi untuk berada di kedudukan pertama sekiranya dia memberikan usaha 200 peratus pada malam kemuncak GV 3.


GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu akhir GV 3 bakal menyaksikan bintang GV 3 menyanyikan dua buah lagu. Enam bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.










Sumber asal: astrogempak

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post