Header Ads

Pelakon drama terlepas hukuman gantung

loading...

KUALA LUMPUR: Pelakon drama, Aidil Aziz terselamat daripada hukuman gantung sampai mati apabila pertuduhan ke atasnya dipinda pihak pendakwaan selepas dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Pelakon drama terlepas hukuman gantung  Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/221272
Pelakon drama terlepas hukuman gantung

Aidil Aziz atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 29 bersama dua rakannya, Omar Syeed Ghulam Mohammad, 36, dan jurutera teknologi maklumat, R Guevara Cortez, 33, warga Filipina, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis kanabis (ganja) seberat 18.39 gram.




ARTIKEL MENARIK:
1. Terbongkar Kekayaan melampau Pelakon Popular Aidil Aziz!! Cuba tengok aset dan harta luar Jangka Aidil Diluar Negara Ini Selepas Beliau Di tangkap Polis...Kalah Datuk Vida Beb..

2. TERLAJAK MEWAH PERSIS ISTANA KAYANGAN!! Inilah 16 foto eksklusif rumah baru Chef Wan dihiasi dengan dekorasi mewah ala English!! Foto no#4, #7 & #9 tu buat kami terlopong kagum&terbeliak bijik mata sekali!!!

3. Rupa-Rupanya Gmie Screen Bukan Calang-Calang Orang Inilah Pekerjaan Beliau Yang Mengejutkan Anda #GegarVaganza

4. (VIRAL) Korang Mesti Tak Sangka yang Artis Kesayangan Korang NI sebenarnya Melatah !! Alahai Comelnya... GElak Tak Kering Gusi Lihat Video ni... Tapi Yang Malunya LIhat Melatah sampai Nampakkkk....

5. Korang Perasan Tak Kenapa Nabil Gelak Terbahak-bahak Selepas Persembahan Dari Azharina Tadi? Sambai Tertunduk Nabil Gelak

Kesalahan didakwa dilakukan di No 1 Jalan Ampang Ulu, di sini, jam 12.40 tengah hari, pada 24 September lalu. Mereka dituduh mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

 Mereka turut berdepan pertuduhan kedua iaitu mengandungi ganja dalam ujian air kencing yang dilakukan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Wangsa Maju, di sini jam 11 pagi, pada 24 September lalu. Bagi pertuduhan itu, Guevara dan Aidil Aziz mengaku bersalah manakala Omar Syeed mengaku tidak bersalah.

Majistret Siti Radziah Kamarudin memerintahkan Aidil Aziz dan Guevara didenda RM1,500 dan dua bulan penjara sekiranya gagal membayar denda serta berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aftal Mariz Mohamed, manakala peguam G Jaya Prem mewakili Omar Syeed, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin mewakili Aidil Aziz manakala Guevara diwakili Affifuddin Ahmad Hafifi. Mahkamah menetapkan 23 Januari 2017 untuk sebutan semula kes. Aidil Aziz dan Guevara membayar jaminan.

Pada 7 Oktober lalu, ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, mengedar dadah disyaki ganja seberat 465.61 gram yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.