BUKIT MERTAJAM – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) hari ini menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab kononnya restoran nasi kandar di negara ini menggunakan daging anjing bagi menggantikan daging kambing.
Nasi Kandar Anjing: Tak Tahan Dihina, Presma Tampil Dedahkan Perkara Sebenar ! |
Timbalan Presiden Presma Datuk Khadhar Shah Abdul Razak berkata perkara itu menjadi viral di laman sosial terutama Facebook sejak semalam selepas seorang lelaki yang menggunakan nama ‘Udin Di Raja’ memuat naik berita serta gambar berhubung dakwaan itu.
ARTIKEL MENARIK:
1. VIDEO: Inilah Wajah Sebenar Wanita "NAVY" Yang Mencuri "MINYAK PELINCIR" Untuk Suami. Ada Sesiapa Kenal Ka? MOHON SHARE DAN VIRALKAN
2. AKHIRNYA TERBONGKAR IDENTITI SEBENAR POLIS YANG BERANI MENGHINA NAJIB. Patutlah Berani Sangat HINA Najib, Rupa-Rupanya ada udang di sebalik batu !
3. "VIDEO!!! SETANNYA PERANGAI KAU" Tergamak Kau Buat Macam Tuh.. Langsung Tak Berperikemanusiaan..
4. Korang Pernah Lihat Pemilihan Pelajar Untuk University P0rnografi? Memang Melampau Macam Dah Takde Maruah, Mari Tengok Video Bagai Mana Cara Mereka Dipilih!
5. LIVE: Tak Izin Kahwin lain, Suami HENTAK Kepala Isteri Solehah dengan Al-Quran hingga Isteri Rebah. Apa yang Terjadi Selepas itu memang SANGAT MENGERIKAN !
“Sebenarnya berita dan gambar yang digunakan lelaki itu dalam laman Facebooknya adalah berita yang dikeluarkan menerusi satu saluran televisyen dan portal di Tamil Nadu, India yang memaparkan mengenai nasi beriani daging anjing di sana.
“Udin Di Raja telah menggunakan gambar berkenaan termasuk gambar anjing disembelih dan mendakwa restoran nasi kandar di Malaysia menggunakan daging anjing bagi menggantikan kambing,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata perkara itu terus menjadi viral dan dikongsi oleh pelbagai pihak sehingga memberikan imej buruk kepada restoran-restoran nasi kandar di Malaysia dan menerima kecaman daripada orang ramai.
Khadar Shah yang juga Pengarah Urusan Nasi Kandar Nasmir Sdn Bhd berkata ekoran tersebarnya berita dan gambar itu, pengusaha-pengusaha nasi kandar di Malaysia kesal, kecewa serta marah kerana perkara itu tidak benar dan memberikan kesan kepada perniagaan mereka.
Beliau berkata orang ramai terutama pelanggan tidak perlu khuatir atau bimbang tentang makanan yang dijual di restoran nasi kandar kerana 80 peratus daripada 320 anggota Presma memiliki sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau turut meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan dan mengabaikan berita yang menjadi viral itu.
“Pihak kami juga mahu Udin Di Raja iaitu lelaki yang memaparkan perkara itu menerusi laman sosial Facebooknya agar tampil memohon maaf secara terbuka dan jika gagal berbuat demikian dalam tempoh tiga hari, kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya.
Katanya Presma juga mahu pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebar perkara itu sehingga menjejaskan imej Malaysia sebagai negara Islam. – BERNAMA
Post a Comment