Media Myanmar Ibaratkan Rohingya Seperti Pepijat, Kutu Busuk Penghisap Darah

Media Myanmar Ibaratkan Rohingya Seperti Pepijat, Kutu Busuk Penghisap Darah

Media Myanmar Ibaratkan Rohingya Seperti Pepijat, Kutu Busuk Penghisap Darah

Media Myanmar Ibaratkan Rohingya Seperti Pepijat, Kutu Busuk Penghisap Darah

Media Myanmar Ibaratkan Rohingya Seperti Pepijat, Kutu Busuk Penghisap Darah



Myanmar diserang manusia pepijat.


ARTIKEL MENARIK:
1. Media Indonesia Viralkan Najib Songlap Duit 9 Bilion Ringgit Lihat Video Penuh

2. Sami Buddha Tunjuk Perasaan, Bantah Najib Sebab "Menyibuk" Hal Rohingya !

3. [VIDEO] Selepas Bencana Kebakaran, Israel Kini Dilanda BANJIR BESAR Pula !

4. Bantah Myanmar Bunuh Islam Rohingnya, Ini Amaran Keras Myanmar Kepada Malaysia

5. Video Api Puting Beliung memusnahkan Israel

Itu kenyataan akhbar rasmi negara ini, New Light Glo­bal Myanmar yang mengibaratkan penduduk Rohingya seperti pepijat, sejenis kutu busuk yang menghisap darah.

Media Myanmar ibaratkan Rohingya seperti pepijat

Menurut Arakan News Agency, akhbar itu turut melabel Ro­hingya sebagai manusia berakhlak buruk dan busuk yang menghisap darah penduduk negara ini.

Akhbar itu memetik kenya­taan ketua propaganda Nazi, Joseph Goebbels yang menyatakan orang Yahudi juga manusia.

“Kita tidak boleh menyangkal perkara itu. Namun, pepijat juga adalah kutu yang bahaya ke­rana menghisap darah. Tugas kita adalah menghapuskan mereka.

“Rakyat Myanmar perlu sentiasa berhati-hati dengan ancaman dibawa manusia pepijat ini,” jelas akhbar itu.

Artikel itu mengesahkan Myan­mar memang merancang penghapusan bangsa Rohingya apabila secara terang-terangan menyeru rakyatnya membunuh etnik Islam tersebut.

Sejak beberapa tahun kebe­lakangan ini, media tempatan sering melabel penduduk Rohingya sebagai hodoh seperti raksasa dan terlalu jijik untuk diperkosa tentera Myanmar.

Salah seorang ahli politiknya baru-baru ini juga dilaporkan secara terbuka menggalakkan tindakan tidak berperikemanusiaan untuk menghapuskan etnik Ro­hingya dari Myanmar.

Kejadian serangan di pos kawalan di sempadan negara pada Oktober lalu turut dijadikan alasan kepada tentera Myanmar membunuh penduduk serta membakar kawasan perkampungan etnik Rohingya di negeri Rakhine hingga menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.

Sumber: Utusan Online

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post