Mengerikan apabila seorang ahli perniagaan bukan hanya dikelar dan ditikam penjenayah yang menculiknya di Jalan Kamunting di sini, malah leher mangsa yang cedera turut digigit lintah gergasi.
Malang Berganda, Wanita Ini Diculik Dan Dikelar Serta Digigit Lintah Gergasi ! |
ARTIKEL MENARIK:
1. KEMALANGAN NGERI Melibatkan Bas EKSPRESS. Lihat 32 FOTO, Yang Lemah Semangat JANGAN BUKA!
2. Bukti Kekuasaan Allah ! Cleaner Bangla Ini DIHINA Kerana Tengok Barang Kemas, Tapi Lihat Apa Yg Berlaku Padanya Selepas Tu !
3. GEMPAR!! Baru Jea Menyanyi LIMA PATAH PERKATAAAN, Semua JURI Serentak PUSING Kerusi Mereka..KORANG MESTI TERKEJUT!!! lihat sendiri (video).......
4. Kerajaan Myanmar Akan Menarik Semula 100,000 Pekerja Di Malaysia, Ini Nasihat MEF Kepada Najib
5. Dulu Anak Kecil Ini Jadi VIRAL Kerana Hisab Rokok 40 Batang Sehari TAPI, Lihat Foto Terkini Ardi Di Tahun 2016 Sangat Mengejutkan
Difahamkan lintah hitam itu melekat pada leher selepas mangsa yang cedera menyorok dengan merendamkan badannya dalam paya di sebuah belukar.Menurut Chua, kejadian berlaku ketika dia memandu bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Kamunting, di sini apabila sebuah kereta dinaiki empat lelaki memintas dan menghalang keretanya.
“Semua lelaki tidak dikenali itu memaksa saya keluar dari kereta dan menggari tangan serta dipaksa berdiam diri sebelum leher dikelar dengan pisau.“Saya meraung kesakitan sebelum mereka menikam belakang dan depan tubuh saya berulang kali,” katanya.Menurutnya, kumpulan penjenayah itu kemudian memasukkannya ke bahagian tempat duduk belakang kereta selepas menyangka dia sudah mati.
Mereka merampas barangan berharga, termasuk dompet dan telefon bimbit. Saya berpura-pura tidak sedarkan diri nekad membuka pintu kereta sebelum melompat keluar.“Walaupun sakit, saya berusaha bangkit sebelum berlari ke arah belukar berhampiran sungai. Saya merendamkan badan di dalam belukar berpaya itu berikutan bimbang ditangkap semula,” katanya.
Menurutnya, dia berada dalam paya itu selama hampir tiga jam sebelum merangkak keluar dari belukar dan berusaha mendapatkan bantuan.“Saya sampai ke sebuah rumah kampung didiami keluarga Melayu yang segera menghubungi polis.“Polis membuka gari pada tangan dan saya dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan kecemasan berikutan pendarahan teruk akibat ditikam,” katanya.Menurutnya, kakitangan hospital terkejut apabila mendapati seekor lintah besar melekat pada lehernya.
Sumber : ViralBerita
Post a Comment