George Town, 1 Dis - Tiga, termasuk seorang yang dipercayai berpangkat Datuk, ditembak mati di Tun Dr Lim Chong Eu Expressway di sini.
[Gambar] 3 Maut, 3 Cedera Termasuk Seorang Jurukamera RTM Akibat Ditembak Di Pulau Pinang |
Menurut laporan The Star, ketiga-tiga mereka berada di dalam kereta ketika ditembak dalam kejadian kira-kira 7.30 malam hari ini.
ARTIKEL MENARIK:
1. 'Karipap' Isteri Dah Tak Sedap, Anak 2 Orang Jadi Mangsanya.. Sanggup Seorang Ayah Buat Anak Sendiri Macam Ni ?
2. [VIDEO] Ini Cerita Sebenar Disebalik Kejadian Viral Lelaki Larikan Diri Langgar Orang Awam
3. SAH ! Sejarah Hidup Pembunuh Budak 2 Tahun TERBONGKAR ! Patutlah Sanggup Membunuh ! Muka Nampak Baik, Tapi Sebenarnya ....
4. Kes Budak 2 Tahun Dibunuh & Diawet Dalam Tong Ikan, JIRAN Dedah Kisah SEBENAR Waktu Mangsa Masih HIDUP !
5. [VIDEO] Ngeri ! Geng India POTONG Geng Cina Di Klang ! Memang NGERI ! Dikatakan Punca Gaduh Sebab ...
Tiga lagi mangsa tembakan cedera dalam kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan kejadian menambah mereka masih lagi melakukan siasatan di tempat kejadian.
Difahamkan, mangsa keempat yang juga seorang wanita cedera parah akibat ditembak dan dibawa ke Hospital Penang untuk rawatan.
Seorang lagi mangsa yang juga seorang jurukamera RTM, Muhamad Amirul Amin Amir juga terkena tembakan di dada ketika melalui kawasan tersebut.
Amirul dikatakan sedang menuju ke Pesta Pulau Pinang bersama rakannya, Mohamad Iskandar Osman ketika kejadian berlaku.
Mangsa dilaporkan stabil dan kini dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.
[Kemaskini]
The Star dalam satu kemaskini melaporkan seorang lagi cedera dalam kejadian tersebut. Namun identiti mangsa masih belum diketahui.
Utusan Online dalam satu laporan memberitahu mereka difahamkan seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad Pulau Pinang cedera dalam kejadian.
Sumber: Sinar Online, The Star, Utusan Online
Post a Comment