JAKARTA: Dua pelancong Australia yang didakwa mencuri basikal dipaksa berjalan keliling kampung di sebuah pulau di Indonesia semalam dengan papan tanda digantung di leher mereka.
Akibat curi basikal, 2 pelancong Australia menerima nasib yang sangat MALANG |
Di papan tanda itu tertera tulisan: “Saya pencuri. Jangan buat seperti apa yang saya buat.”
ARTIKEL MENARIK:
1. Dua Beradik Kembar Dipaksa Minum Arak Dan Dirogol Beramai-Ramai Hingga Mati
2. VIDEO: INNALILLAH.. Anak Ini Di Semb3lih, Hanya Karena Namanya Aisyah Binti Abu Bakar
3. TENGOK Hadith Ini!!! Aleppo dan Syria adalah Petanda Kiamat akan Tiba tidak Lama Lagi.. MOHON KONGSIKAN YA...
4. 10 GAMBAR PENYIKSAAN KANAK-KANAK DI KOREA SELATAN YANG SELAMA INI DISEMBUNYIKAN. Dalam Tv semua ada K pop, Tapi Hakikat, Inilah keadaan yang sangat menyedihkan kanak-kanak di korea
5. Dua Orang Remaja Ini Hilang Semasa Mendaki Gunung Namun Selepas 16 Tahun Mereka Akhirnya Dijumpai Dengan Keadaan Yang sangat Mengejutkan! Lihat Keadaan Mereka! Siapa Sangka Sudah 16 Tahun Tapi Masih. . .
Pelancong yang tidak didedahkan namanya itu dituduh mencuri basikal itu kira-kira 10 hari lalu di Gili Trawangan, destinasi pelancongan popular di tengah Indonesia.
Rakaman CCTV menunjukkan mereka mengambil basikal itu dari sebuah hotel, kata ketua kampung Muhamad Taufik.
Pengurus hotel melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa yang menangkap pasangan pelancong itu keesokan harinya, kata Taufik.
“Kami menyiasat mereka, buat perjanjian, arak mereka keliling pulau ini dan paksa mereka keluar dari Gili,” katanya.
Mereka ialah pelancong asing pertama tahun ini terpaksa menjalani hukuman sedemikian di pulau itu. Beberapa warga Indonesia pernah dikenakan hukuman itu kerana mencuri.
Undang-undang negara berkuat kuasa di pulau itu tetapi tidak jelas sama ada rakyat Australia itu menjalani siasatan polis rasmi atau tidak.
“Perarakan seperti ini ialah undang-undang di kampung kami. Saya tak tau sama ada polis akan dakwa mereka sekarang, apa yang penting pada saya ialah mereka sudah tidak ada,” kata Taufik.
Perarakan aib seperti itu dilaksanakan sejak bertahun lalu di Gili Trawangan, satu pulau kecil di pantai Lombok, di timur pulau popular Bali.
SUMBER
Post a Comment